<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label :: pendapat wa ::. Show all posts
Showing posts with label :: pendapat wa ::. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Barangan ibu yang perlu dibawa ke hospital.

Assalamualaikum semua!!! Selamat hari jumaat ya kawan-kawan semua...

Hari ni pagi-pagi buta nak pergi kerja dah menghadap jammed yang panjang, Waduh...waduh... Tapi tak apa. Gunakan jalan alternatif lain yang ada. vroom... vroom... Nak dijadikan cerita masa Hubby ngah mencilok-cilok jalan dalam. TERlalu depan HSI (Hospital Sultan Ismail) terus rasa nak pandang sampai tak nampak bangunan HSI tu. Aku plan nak deliver kat HSI saja. Jadi dekat dengan rumah. Plus dengan bangunannya yang agak baru dibina. So rasa macam best saja hospital tu.


Hospital ni tak silap aku pernah digemparkan dengan kulat yang melekat kat dinding tu. Serious macam ingat-ingat lupa. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok dah. Sebab ramai kawan-kawan yang pernah kena tahan kat ward sini or bersalin kat sini kata tempat ni ok. 

Cop. Ni apa wat review pasal hospital ni??? Hospital ni dah famous kot. So aku malas la nak tambah ke'famous-amos'an nya lagi. Actually, aku nak share dengan korang barang-barang yang perlu dibawa ketika korang rasa baby dalam perut korang dah memberontak nak lihat dunia. Itu bagi ibu-ibu yang mengandung atau membuyung saja ya. Kalau korang lelaki tapi rasa ada baby juga dalam perut. Bawa-bawalah bersenam LEMAK TEPU tu... Lalala...

Ok. Mengelakkan aku dari terus hanyut dengan pe'ngarut'an yang tiada bersempadan tu. Jom kita sama-sama listkan barang-barang IBU yang perlu dibawa ke hospital pada hari kejadian.


  1. Towel - takkan korang nak pinjam towel kakak sebelah katil korang pulakan kalau nak mandi. So jangan lupa! 
  2. Sanitary pad - Haaaaa...yang ni memang aku fail!!! Apa brand yang selesa dipakai erk??? Tak pernah pakai lagi ni.
  3. Baju tidur - kalau boleh yang ada butang kat depan tu. senang nak bagi 'nenen' kat baby. hehehe...
  4. T-shirt biasa buat basahan. Tapi tak payahlah bawa macam korang nak berkampung kat hospital tu sampai habis pantang pula. 
  5. Stokin - kalau korang rasa korang kebal dengan kesejukan. Tak payah bawa. ;P
  6. Selipar - yang buat korang selesa. Tak kan nak pkai heal masuk toilet kot. dan pastikan selipar tu belilah yang tak licin ya.
  7. Nursing bra - Ok ni tak beli lagi...lalalala 
  8. Bra pad - same as above... lalalala
  9. Spentot - yang ni ada yang cakap spentot pakai buang. ada yang cakap maternity panties tu. So ada siapa-siapa yang boleh confirmkan tak???     
  10. Barang-barang mandian - termasuklah berus gigi, ubat gigi, sikat dan barang-barang untuk korang berdandanlah ya.
  11. 1set pakaian - untuk pulang ke rumah. Aku baca dalam 1buku ni dia kata badan perempuan yang baru lepas bersalin ni tak terus kurus macam sebelum mengandung jadi jangan bawa baju-baju sendat yang bakal menyusahkan hidup korang.
  12. Bahan bacaan - magazine pa&ma sangat digalakkan. sambil-sambil baring tu boleh tambah ilmu. Janganlah bawa komik pula ya. ;)
  13. Susu - yang sesuai untuk ibu. Eh cop... Kata orang susu kambing bagus. betul tak betul Wallahualam...


Dokumen-dokumen yang Hubby kena sediakan pula.
  1. Buku merah - buku klinik tu la. Penting tau buku ni.
  2. I/c kita.
  3. I/c Hubby kita.
  4. Surat nikah.
  5. DUIT - ini yang paling penting ya. No money no talk. Suruh baby postpone dulu kalau tak ada duit. Hehehe... Boleh gitu???
Barangan baby akan diupdate dientry yang lainlah sebab boss dah menjeling-jeling dah tu. So kepada sesiapa yang nak menambah barang-barang yang aku kena bawa masa kejadian nanti bolehlah share ya.

:: Sharelah sikit. Jangan kedekut ilmu eh!!! ::





Friday, 22 June 2012

Jumaat itu indah.

Hari jumaat telah menjelma. Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat untuk bernafas di bumi Allah ini. Ingat ya awak-awak-awak semua. Macamana gah pon kita, besar mana pun pangkat kita, se'best' mana pun  hasil penulisan kita. Kita tetap berpijak diatas dunia yang sementara. Dunia yang hanya pinjam-pinjaman. Jadi mari kita sama-sama sedar diri sebelum kita jadi manusia yang TAK SEDAR DIRI. Haaaaa... Serious tau ni! Semoga hidup kita mendapat keberkatan. ;)

:: Banyakkan berselawat dari mengumpat ya. Pesan pada diri-sendiri juga!!! ::

Tuesday, 12 June 2012

Blog aku, wall aku, Ikot akulah!

Hai awak-awak-awak sekalian. Hari ni terlebih rajin nak meng'hapdet' Diary kesayangan ni. Kerana masih dalam excited pregnant. Makanya haruslah aku story-morry pasal baby or something yang ada kaitan dengan life aku, hubby & Baby Que. So kepada sesiapa yang rasa MELUAT or apa-apa perasaan macam tu sila-silalah klik tanda 'x' kat atas tu dan minta jasa baik awak yang meluat tu tak payahlah view Diary ni lagi. Buat dosa awak saja nak menyalak-nyalak kat wall FB sendiri kononnya meluatlah nak muntahlah dan seangkatan dengannya.


Untuk pengetahuan semua, kalau aku ada terpuji Hubby aku sendiri ke dengan menyatakan dia sweet itu adalah luahan dari hati aku dalam blog aku yang aku rasa tiada kena mengena dengan orang yang ada penyakit hati macam ni. Oh ya!!! BM aku memang tak kredit masa SPM dulu tapi dah kredit selepas buat paper july. Itu pun aku pakai duit bapak aku. Tak guna DUIT BAPAK KAU! Jadi silalah tak yah nak menyemakkan kepala fikir pasal aku.

Untuk pengetahuan semua, Blog ni pon aku create untuk cerita benda-benda yang menarik yang berlaku dalam hidup aku. Aku mungkin tak selantang sesetengah pihak yang dengan GAHnya tulis dalam status FB or entry dalam blog aku ala-ala macam otai. contohnya macam "kawan aku dah nak mampos dah nazak setengah mati tapi Hubby aku kejam tak bagi aku pergi melawat. Benci!!" kononnyalah kan. Dengan tujuan awak-awak-awak yang membaca akan TIDAK MELUAT dan fikir Eeee...ciannya dia. Sabarlah ya kerana mempunyai Hubby yang useless or kejam macam tu.Dia sangat tabah! Buat apa nak bagitau orang benda-benda macam tu??? Once dah kahwin, kenalah jaga aib pasangan kita. Itu hanyalah pendapat aku. Aku tak pernah kot nak cakap orang ni tak patut tulis macam ni or macam tu. Siapa aku untuk menyalak-nyalak di wall aku sendiri benda yang tak ada kena mengena dengan aku. Tak ada kerja kot aku nak buat macam tu. Jadi dimintalah kepada awak yang berkenaan. Tak payahlah nak caring sangat. Simpanlah meluat awak tu untuk benda lain.

Diulangi, kalau tak suka or nak kata BM aku berterabur or what so ever silalah klik 'x' kat atas tu dan lupakan hasil penulisan aku yang cacamarba ni. Aku malas nak bermusuh-musuh dengan orang. So kalau awak yang berkenaan rasa nak jadi musuh aku silalah remove aku dari friendlist FB tu dan stop view Blog aku. Aku betul-betul malas nak layan orang macam ni. Ikut Hubby memang dia kata jangan balas. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Tapi kadang-kadang aku pelik. Apa masalah orang macam awak ni??? Memang kerja cari hal orang saja kah? or cari pasal dengan orang kah??? Memang minat macam tu kah? Kalau suka sangat nak bermusuh or bergaduh silalah cari orang lain. Aku malas nak buat benda-benda bodoh macam awak buat!!!

:: tolong tak payah nak cari pasal sangat ::


Thursday, 31 May 2012

Pendapat Wa vs Pendapat Lu : Duit Orang vs Duit Sendiri

Dah lama rasanya aku tak buat 'Pendapat Wa vs Pendapat Lu'. Dulu rasanya pasal 'Cinta vs duit' kali ni pasal 'Duit Orang vs Duit Sendiri'... Entah kenapa terpanggil pula nak menconteng-conteng dalam diary pasal tajuk kat atas tu. Ini cumalah contengan seorang insan yang bukanlah siapa-siapa. Hanyalah seorang masyarakat marhaen. Aku tulis ni bukanlah kerana aku seorang kerabat diraja atau anak YB malahan juga bukan seorang wartawan. Aku menulis hanya mengikut pendapat aku sahaja. So kepada sesiapa yang rasa macam pendapat dia lagi bagus, tepat dan benar atau nak berpolitik disini, SILA KLIK TANDA 'X' kat atas sebelah kanan tu. Aku sangat-sangat-sangat mengalukan awak-awak-awak untuk tidak meneruskan pembacaan.

Tujuan aku menulis ni, bukanlah untuk berdebat yang mana betul dan yang mana tidak. Aku cuma ingin meluahkan pendapat aku sendiri tanpa menyelitkan unsur-unsur negatif mahupun unsur politik di dalam Diary ku ini. Diulangi aku hanya sekadar meluahkan pendapat aku sahaja!

Trend yang aku nampaklah sekarang ni. Ini semua mengenai sifat manusia. Aku menulis begini bukan aku pandang dari pandangan seekor kucing atau arnab ataupun anjing. Aku memandang dari pandangan seorang manusia. Manusia yang makin tak faham dengan sifat manusia yang susah nak senang hati dengan kesenangan orang lain atau dengan erti kata lain TIDAK SENANG TENGOK ORANG LAIN SENANG. 

Contohnyalah kan... Bila saja nampak orang kaya tu beli something yang memang layak dengan kemampuannya dikatakan pembaziran dan lagi siap tolong arrange lagi duit si kaya tu dengan berkata begini " Ada duit beli bukan-bukan. Membazir!!! KAN BAGUS KALAU DERMA ATAU TOLONG ORANG MISKIN!!!" Wah...hebatkan??? Tapi kalau sendiri punya duit, senyap... Tahu-tahu pergi melancong, tak pun bershopping kat Bandung, Paling tak pun serang Johor Premium Outlet sebab ada sale. Ewah!!! Duit orang ko pandai arrange untuk kebajikan. Duit kau??? Untuk kebajikan diri sendiri. Apa punya manusia erk???

Ini pendapat aku. Memang dah selalu tengok macam ni. Masa Megasale korang berduyun pergi shopping, Tak ada pun kira membazir ke tak. Waktu Air Asia buat promotion pergi melancong murah-murah, Tak ada pon korang kata tak naklah membazir. Tapi bila 'ORANG KAYA' tu beli barang dia mahal tapi memang dalam kemampuan dia, bukan main itu ini korang kata. Manusia... manusia... manusia...

:: So kalau ada yang tak berpuas hati dengan pendapat aku ni, ada aku kisah??? ::

Friday, 4 May 2012

Rindu Bukan Teman

Hai!!! Hai!!! Hai!!!

Sebab aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat cerita Marhabah kat TV3 tu... Alaaa...cerita ni...



Makanya aku nak share lagu Rindu Bukan Teman ni...Best!!!! Jom layan.

















:: Cerita yang berjaya membuat aku menangis teresak-esak setiap malam selasa hingga khamis ::




Thursday, 26 January 2012

Pendapat Wa vs Pendapat Lu!

Hai!!! Hai!!! Hai!!! Selamat pagi si cun melecun dan si ganteng!!!

Hari ni pagi-pagi dah rasa nak berceloteh-celotehan. Sebab pagi-pagi lagi dah rasa nak gelak berguling. Mana taknya, terbaca status FB yang di post oleh seseorang lebih kurang macam ni " Takde duit, dengan cinta je boleh bahagia?? Hak tuih". Terus rasa nak gelak-gelak sambil joget-joget. Dan yang paling best aku rasa macam sibuk-sibuk nak jadi pengulas statement tu. Hai la nyawa, Hai la badan... Serious lawak!!!

Okay nak sambung gelak... Hahahahahaha.... Cop!! Hahahahaha.... Okay enough!!!

Actually, statement orang ni sangat betul Okay!!! Siapa kata salah sila angkat ketiak tinggi-tinggi. Mana boleh bahagia dengan cinta saja. Siapa yang kata 'Saya tak perlukan duit, sebab saya bahagia dengan cinta' Meh aku nak habaq. Dengan cinta boleh kenyang ke perut kau yang lapar??? Tak boleh kan?kan?kan?

Ada pula kata, Duit segalanya! Ini aku langsung tak setuju. Kenapa aku tak setuju??? Eh..Korang tak tengok iklan ke?? Mak abah tunggu kepulangan anak yang dah lama tak reti-reti nak balik kampung sebab cari kekayaan kat bandar. Padahal tiap-tiap bulan anak tu kirim duit. Bahagiakah mereka dengan duit yang diberikan oleh anak??? Korang boleh fikir sendiri. Bahagia tu bukan datangnya dari harta yang menggunung tingginya. No! No! No!

Ada pula yang kata, Cinta, kau la segalanya! Ini lagi gila. Mana ada orang boleh hidup dengan cinta saja. Tak ada duit nak makan renung muka cinta hati saaaaaampai kenyang! Boleh ke? Kalau boleh kenyang kasitau aku. Aku pon nak buat juga. So bolehlah aku kurus sikit.

So kesimpulan dari perkara-perkara yang tersimpul-simpul bak tajuk lagu Anis Suraya iaitu Cinta Tersimpul Rapi diatas, Duit dan kasih sayang atau cinta perlu selari. Semuanya perlu ada untuk ramuan kebahagiaan. Tak percaya??? Silalah cuba. Keseimbangan sangat perlu tau! DUIT yang sangat penting adalah Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. 






Dan yang paling penting keseimbangan antara Dunia yang sementara dan Akhirat yang Kekal Abadi. Jangan sesekali kita lupa dan leka dengan harta dunia. Rumah besar-besar, sportrim kereta tukar setiap bulan, Handset tukar setiap minggu bukan jaminan kebahagiaan. Sementara bernafas ni, jangan lupa bersyukur kepada yang Maha Esa. Ingatan ini buat diri-sendiri dan semua yang membaca.*nada serious*


:: rasa nak pergi karaoke la. Nak nyanyi Cintaku 100%.. huhuhuhu ::