<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 10 August 2012

Barangan ibu yang perlu dibawa ke hospital.

Assalamualaikum semua!!! Selamat hari jumaat ya kawan-kawan semua...

Hari ni pagi-pagi buta nak pergi kerja dah menghadap jammed yang panjang, Waduh...waduh... Tapi tak apa. Gunakan jalan alternatif lain yang ada. vroom... vroom... Nak dijadikan cerita masa Hubby ngah mencilok-cilok jalan dalam. TERlalu depan HSI (Hospital Sultan Ismail) terus rasa nak pandang sampai tak nampak bangunan HSI tu. Aku plan nak deliver kat HSI saja. Jadi dekat dengan rumah. Plus dengan bangunannya yang agak baru dibina. So rasa macam best saja hospital tu.


Hospital ni tak silap aku pernah digemparkan dengan kulat yang melekat kat dinding tu. Serious macam ingat-ingat lupa. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok dah. Sebab ramai kawan-kawan yang pernah kena tahan kat ward sini or bersalin kat sini kata tempat ni ok. 

Cop. Ni apa wat review pasal hospital ni??? Hospital ni dah famous kot. So aku malas la nak tambah ke'famous-amos'an nya lagi. Actually, aku nak share dengan korang barang-barang yang perlu dibawa ketika korang rasa baby dalam perut korang dah memberontak nak lihat dunia. Itu bagi ibu-ibu yang mengandung atau membuyung saja ya. Kalau korang lelaki tapi rasa ada baby juga dalam perut. Bawa-bawalah bersenam LEMAK TEPU tu... Lalala...

Ok. Mengelakkan aku dari terus hanyut dengan pe'ngarut'an yang tiada bersempadan tu. Jom kita sama-sama listkan barang-barang IBU yang perlu dibawa ke hospital pada hari kejadian.


  1. Towel - takkan korang nak pinjam towel kakak sebelah katil korang pulakan kalau nak mandi. So jangan lupa! 
  2. Sanitary pad - Haaaaa...yang ni memang aku fail!!! Apa brand yang selesa dipakai erk??? Tak pernah pakai lagi ni.
  3. Baju tidur - kalau boleh yang ada butang kat depan tu. senang nak bagi 'nenen' kat baby. hehehe...
  4. T-shirt biasa buat basahan. Tapi tak payahlah bawa macam korang nak berkampung kat hospital tu sampai habis pantang pula. 
  5. Stokin - kalau korang rasa korang kebal dengan kesejukan. Tak payah bawa. ;P
  6. Selipar - yang buat korang selesa. Tak kan nak pkai heal masuk toilet kot. dan pastikan selipar tu belilah yang tak licin ya.
  7. Nursing bra - Ok ni tak beli lagi...lalalala 
  8. Bra pad - same as above... lalalala
  9. Spentot - yang ni ada yang cakap spentot pakai buang. ada yang cakap maternity panties tu. So ada siapa-siapa yang boleh confirmkan tak???     
  10. Barang-barang mandian - termasuklah berus gigi, ubat gigi, sikat dan barang-barang untuk korang berdandanlah ya.
  11. 1set pakaian - untuk pulang ke rumah. Aku baca dalam 1buku ni dia kata badan perempuan yang baru lepas bersalin ni tak terus kurus macam sebelum mengandung jadi jangan bawa baju-baju sendat yang bakal menyusahkan hidup korang.
  12. Bahan bacaan - magazine pa&ma sangat digalakkan. sambil-sambil baring tu boleh tambah ilmu. Janganlah bawa komik pula ya. ;)
  13. Susu - yang sesuai untuk ibu. Eh cop... Kata orang susu kambing bagus. betul tak betul Wallahualam...


Dokumen-dokumen yang Hubby kena sediakan pula.
  1. Buku merah - buku klinik tu la. Penting tau buku ni.
  2. I/c kita.
  3. I/c Hubby kita.
  4. Surat nikah.
  5. DUIT - ini yang paling penting ya. No money no talk. Suruh baby postpone dulu kalau tak ada duit. Hehehe... Boleh gitu???
Barangan baby akan diupdate dientry yang lainlah sebab boss dah menjeling-jeling dah tu. So kepada sesiapa yang nak menambah barang-barang yang aku kena bawa masa kejadian nanti bolehlah share ya.

:: Sharelah sikit. Jangan kedekut ilmu eh!!! ::





No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)