<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 2 August 2012

Berceloteh tanpa point.

Hai kawan-kawan!!! Hari ni dah 13 Ramadhan ye Uols. Macam tak percaya tau aku dan Baby Que bekerjasama untuk berpuasa. Kalau Baby Que depan mata, nak peluk dia kuat-kuat... Sayang anak Ibu!!! Walaupun berpuasa Baby Que alhamdulillah masih aktif bermain futsal didalam perut ku. Syabas!!!

Rasa dah lama tak meng'hapdet' Diary aku ni ha. Serious tak berkesempatan kerana sibuk memikirkan juadah berbuka puasa. Hahaha... Ok aku tipu! Bulan-bulan puasa ni rasa nak menaip pun tak larat tau. Ok siapa percaya??? Sila angkat ketiak!!! ;P

Ok dari terus merapu baik korang fokus gambar kat bawah ni...


Sila klik untuk tumbesaran yang pantas lagi cerdas ya kawan-kawan. Aku cuma nak bagitau bahawasanya aku dan Baby Que telah pun 31weeks. Alhamdulillah!!! Lagi seminggu masuk 8bulan. Nervous tak?? Nervous kan?kan?kan? Tapi seronok!

Lagi bertambah super-duper seronok bila tengok kawan-kawan yang mom2be dah BERTUKAR jadi mama yang sebenar. Eeeeeeee... Seronok tengok gambar-gambar baby mereka sendiri mereka 'hapdet' di FB. Rasa nak gigit-gigit. Comel sangat. Soalan cepu emas, Kenapa baby comel??? Lalalala...

Kepada semua yang telah bergelar Mama secara officialnya aku ucapkan CONGRATZZZ DARLING!!! Jaga pemberian Allah tu sebaik mungkin hokey... Dan kepada semua Ibu2be macam aku ni, diucapkan sila-silalah bersabar dengan sepenuh jiwa ya. Jangan lasak-lasak sangat. Nanti Dr. marah. Lalala...

:: Perutku berbunyi kring..kring...kring ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)