<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 23 August 2012

Balik Kampong woooooo Balik Kampong!!!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua yang sudi membaca,
Oleh kerana mood kerja entah hilang kemana,
'hapdet' entry masih pasal raya...

Cewaaaaaaaaaah!!! Berpantun pula Kak Jah dipagi hari ni. Kalau korang nak tau kini aku telahpun berada diopiz yang permai dan indah. Alahai!!! Dah mula kerja dah. Cuti raya telah berakhir dengan jayanya. Makanya, kena semangat!!! Chaiyok!!!zzzzZZZZZZZZZ...

Raya tahun ni merupakan tahun pertama aku bergelar seorang isteri kepada Hadhrami Farhan b. Rahmat @ Mohd Zul. Makanya, raya tahun ni haruslah turn kampung halaman Hubby. Sangat-sangat excited + nervous. 1st timer la katakan. Gila tak nervous??! Macamanalah agaknya beraya di Pahang...

* ni la kampung halaman Hubby. Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. psss...gambar ni amek dari pakcik google*

Nak dijadikan cerita aku dan Hubby bergerak dari Johor pada jumaat malam sabtu iaitu 17/08/2012, masa tu jam 2pagi. Tu pon sempat lagi balik kerja tu kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) last minute shopping kata Hubby. Sebab ada pesanan dari Pahang. Balik dari JPO tu pon dah area pkl10 malam. Balik rumah kemas itu ini... Melayan BFF-BFF aku (Jila & Zana) yang datang malam tu. Tup-tup dah pkl1 lebih. So pkl2 pagi baru la siap-siap nak bertolak. Fuhhhh.... Penatnya badan time tu.

Eh cop!!! Dikesempatan ni aku nak ucapkan thanks bangat to BFF Aku Jila sebab belanja Baby Que socks yang baaaaaaaaaaaaaanyak!!!


12pasang sekali dibelikannya. Alhamdulillah... 1st present untuk Baby Que katanya. Apa-apa pun thanks Bebeh!!!

Thanks juga pada BFF Aku Zana sebab meminjamkan aku banyak baju ibu membuyung miliknya. Almaklumlah lagi lebih kurang beberapa minggu saja aku akan memakai baju-baju tu semua. So kalau nak beli memang tak berbaloilah kan?kan?kan? So kami decide akan bertukar-tukar maternity dress ni andai aku dan dia pregnant lagi. Save kan?kan?kan? ;)

Ok sambung cerita pasal raya. Pkl2 pagi tu kami berhenti dahulu di Petronas Station, Highway Skudai. Konon-kononnya nak topup Touch N Go (TnG). Lagipun tinggal berapa sen sangat la dalam TnG tu. Dah berhenti tu tiba-tiba Hubby kata nak lelap sekejap. Penat sangat la tu. Aku ok saja. So kami pun sama-sama lelap didalam kereta. Tau apa jadi lepas tu??? KAMI BANGUN PUKUL 4 LEBIH!!! Hambek ko!!! 2jam tidur kat Petrol Pump tu. Bila bangun tu 2-2 menggelabah sebab dah pukul4 pagi. Lepas tu sama-sama gelak. Serupa kami tidur kat rumah dan gerak pukul4 pagi kan?kan?kan? Saja je nak sakit-sakitkan pinggang yang tak sakit ni kan. Hahaha...

So bila dah gerak lambat tu kami decide nak lalu jalan dalam saja. Masuk dari Simpang Ampat, Melaka dan tembus di Felda Mempaga, Pahang. So dapatlah elakkan jammed kay Highway Karak tu. Dengar-dengar memang jammed gila-gila sebab itu juga merupakan jalan untuk ke Kuantan, Kelantan, Terengganu... Senang cakap jalan utama ke Pantai Timur.


Haaaaa...kalau macam ni punya jammed. Fuuuh... Jenuh nak sampai Bentong, Pahang. Padahal kalau hari biasa tak sampai 1jam dari KL. Ini mau makan 3jam. TAK SANGGUP!!! Woooo.....

So nak dijadikan cerita dah lalu jalan lama tu sampailah kami dikampung halaman Hubby jam 10pagi. Tapi serious jalan dalam tu sangat menyakitkan pinggang dan memeningkan kepala. So dari aku muntah-muntah sepanjang jalan baik aku tidur dengan nyenyaknya sepanjang jalan. Sorry lah kepada Hubby sebab tak dapat nak teman dia drive. Bukan apa, tak mau menyusahkan dia saja. Kang asyik berhenti muntah, jenuh pula lah tak sampai-sampai. Hehehe...

:: Perjalanan kali ni memang terasa kelainannya. Perjalanan ku untuk pulang ke kampung halaman sebagai seorang menantu. Thanks kepada Family Hj. Mustaffa dan Hjh Sharifah kerana sudi menerimaku seadanya ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)