<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 23 August 2012

Malam Raya punya cerita.

Hello!!! Hai !!! Assalamualaikum !!!

Nampak tak??? Nampak tak??? Nampak tak??? Nampak tak aku belum ada mood nak buat kerja. Asyik nak berceloteh saja. Haaaa... Macamana ni?? Mood kerja sila datang jumpa GUA sekarang!!! Terkulat-kulat buat kerja. Kalau boleh balik, dah lama balik. Mengantooooooooooooook!!!

Entry kali ni aku selaku budak jakun yg 1st time beraya bersama family Hubby nak cerita pasal malam raya pula kat Pahang. Memang totally tak sama dengan tradisi Family aku. Petang tu kami bergegas menyiapkan diri untuk pergi ke rumah Wan (nenek). Lepas saja mandi terus aku termanggu-manggu. Aku ni nak kena pakai baju raya ke??? Masuk bilik duk termenung depan bag baju. Tunggu Hubby tak masuk-masuk bilik. Sibuk menyapu laman rumah. Sms Hubby " yang, nak kena pakai baju raya ke?" Tak ada balasan. Terus whatsApp Adik ipar. "Dik, kena pakai baju raya ke?" Terus dia reply "tak yah. pakai baju biase je. hahaha" hamboi!!! Ade 'hahaha' lagi tau! Bila fikir-fikir balik. iya tak iya juga. Malam raya takkan nak pakai baju raya pula. Tak apa, malu bertanya sesat jalan. kan?kan?kan?

Ok settle sudah problem ngokngek yang bersarang dalam kepalaku itu. Aku dan family Hubby pun bergerak ke rumah Wan dengan menaiki kereta. Sampai disana. Ok pengsan!!! Ramainyaaaaaaaaaaaaaa saudara-mara, sepupu-sepapat dan bla...bla...bla... GULP!!! Ok buat muka cool.

Sampai waktu maghrib iaitu waktu untuk berbuka puasa yang terakhir bagi Ramadhan kali ini. Jadi kami pun menjamu selera beramai-ramai. Kulihat semuanya makan dengan pantas. Ok aku juga kena pantas menyudahkan makananku. Selepas siap makan semua berkemas-kemas. Dan masing-masing berlalu ke bilik air. Aku masih terkesima. Rupa-rupanya masing-masing pergi untuk mengambil wuduk untuk sembahyang secara berjemaah. Ok I will folloooooooow Youuuuuuuu....

Sesudah kami semua berjemaah maghrib dan isyak. Aku pandang sekeliling. masih menunggu-nunggu program seterusnya. Dan... Jeng... Jeng... Jeng... Tibalah masa ditunggu-tunggu iaitu masa untuk bersalam-salaman dimulakan dengan Wan dan diikuti dengan makcik-makcik. Hubby tarik tanganku untuk beratur di belakangnya. Haaa... Time ni sangat-sangat nervous tau. Kalau selalunya aku bermaaf-maafan bersama keluargaku yang memangku kenali semua setiap mereka di pagi raya. Ok tak pa. Aku kena menyesuaikan diri. 1st, memang cool tapi sampai part Emak dan Abah mertuaku. Serious tak boleh handle. Nangis peluk-peluk terus. Dah tak kira dah hidung aku merah ke hijau ke. Air mata memang ikhlas dari hati. Ya Allah, indahnya saat itu sukar digambarkan. Lupa sejenak kesedihanku berjauhan dengan Emak dan Abah. Kerana aku tau, Emak dan Abah mertuaku juga kini Ibu bapaku.

Sesi bersalam-salaman diteruskan lagi dan tiba giliran aku bersalaman dengan Hubby. Ok yang ini tak payah bercakap pun memang air mata dah tersembur-sembur keluar. Mahu tak menangis, macam-macam dosa aku pada Hubby. Yang merajuknya lain, yang merengek nak itu ini nya lain. Masa ni apa yang Hubby cakap dah tak boleh fokus sebab kami dah tak heran orang lain dan menangis sambil berpelukan. Ish!!! bukan senang nak dapat moment macam tu tau. Kalau hari biasa tu macam buat-buat lupa saja apa aku dah buat. Tu lah tu. Susah nak minta maaf! Apaa daaa....

Habis sesi nangis-melalak-membengkakkan mata kini tiba masanya bagi duit raya yeeeeeeaaay!!! Ops... Lebih-lebih pula. Sepupu-sepupu yang kecil sukanya bukan main lagi. Mana taknya riuh dapat duit raya. Baby Que juga tak terkecuali. Ada juga yang bagi duit Raya untuk si kecil Ibu ni. Hehehe. Sweet je rasa. ;)

And final program adalah bermain bunga api secara berjemaah. Wah!!! Best-best!!! Betul-betul best sebab terasa macam budak kecil juga time ni. Suasana didesa tu memang terasa sungguhlah. Macam dalam tv. Punya la jakun aku rasa time ni. Almaklumlah selalunya program-program macam ni berlaku di pagi raya. Confirmlah tak ada orang yang buat program main bunga api ramai-ramai pagi raya kan?kan?kan?

:: Ok ini baru cerita malam raya. Cerita raya pertama akan ku sambung nanti... ;) ::


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)