<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 30 August 2012

Gambar raya Family Encik Hassan dan Puan Jamaliah.

Assalamualaikum semua!!!!

Hari ni hari yang lemau. Tapi tak confirmlah aku ke atau hari ni yang lemau. Pagi-pagi naik tangga office pon dah azab. Penat woi!!! Tercungap -cungap Kak Leha Uols!!! Termengah-mengah. nasib setingkat saja. kalau 4tingkat mahu berpeluh ketiakku ini. KAAANNN~~

Dah hujung-hujung ni rasa kurang bersemangat. Nak lari marathon pon tak berapa nak berselera. Kawan-kawan kata normal. Mata ni macam nak tak nak saja buka. Buat kerja macam hampeh!!! Itu ini sakit. Tapi itulah nikmat pregnant kan?kan?kan? Alhamdulillah!!! Mana tahu ini sakit-sakit penghapus dosa. Tu lah!!! Dosa banyak sangat la ni. Padan muka aku. Hehehe...

Ok aku saja 'hapdet' entry kali ni. Oleh kerana masih dalam mood raya. So haruslah entry aku masih pasal raya kan?kan?kan? Siapa tak suka raya??? Siapa tak suka merayakan setelah berjaya melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan??? Siapa?? Siapa??? Angkat tangan, tutup ketiak! Suka kan?kan?kan? So aku nak sangat show off gambar-gambar family aku kat korang. Eh... Biarlah orang lain boleh show off bukan main lagi. Itu ini, serba-serbi UP. So aku pon nak UP juga. Almaklumlah, aku mempunyai family yang BEST. Ko hado??? hahaha... Ok mengarut!

Hari tu dah curi gambar-gambar kat makcik-pakcik-sepupu-sepapat Family sebelah Hubby. So hari ni nak ambil tanpa izin gambar-gambar raya Family sebelah aku pula. So korang tengoklah ya. Sila abaikan mak buyung yang sibuk interframe dengan perut membuyung ni ya. Kalau tak nak abaikan pon tak apa. Aku tau korang memang suka tengok gambar aku..kan?kan?kan? hahahaha... Muntah berbaldi-baldi sekarang!!!

Taraaaaaaaaaaaaaa....


Lihatlah betapa besarnya aku hingga menutupi anak sedara aku yang dok kat belakang tu... hohohoho... maafkan saya!!!

Jom kenal dengan sibling aku...


Inilah kakak dan abang ipar aku. Kakak ni kira along la dalam sibling aku.


Ok ini pula Abang Ngah dan Kak Ngah aku. Muka serious saja kan. Garang tuuuu... Hehehe... Tak adalah. Dorang ni ok saja. Sekarang menetap di Sungai Buloh, Selangor.


Ini Abang Uda dan Kak Uda ku. Yang ni abang aku yang paling jauh. Di Perak sana tu duduknya. Dia ni Askar sama macam Abang Ngah aku.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...yang ni Masita dan Hadhrami Farhan. Merupakan adik bongsu dalam family ni. special edited from Abang Uda ku. tQ abaaaaaaaaaaaaaaang!!! I lap yuuu beri strong from d bottom of my broken heart!!! Hahaha... Ok mengarut!


Ok candit time!!! Sweet je tengok Abah aku gelak. 1st time dia gelak meriah macam tu. Apa-apa pun korang-korang semua sila-silalah doakan kebahagiaan family kami ni akan kekal selamanya. Ya??? ;)

:: Gambar-gambar anak buah aku semua belum diupload oleh Abang Uda selaku cameraman kitorang hari tu.So kalau dah ada nanti boleh la aku SHOWOFF lagi dengan korang. Family bahagia adalah harta aku yang paling berharga ;) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)