<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 16 August 2012

Check up lepas. Lagi-lagi pasal HB!

Assalamualaikum semua...

Dipetang khamis yang biasa-biasa saja ni. Tiba-tiba rasa nak meng'hapdet' entry dalam beloved diary ni. Actually aku nak story-morry pasal check-up ku yang lepas. Serious dalam banyak-banyak check-up, inilah check-up yang paling mencabar bagi aku. Mana taknya hb aku yang hari tu menurun kini lebih menjunam. Ini semua salah aku yang sangat RAJIN untuk makan iron tablet di bulan-bulan puasa ni.

Reason aku mudah saja. Nak makan time perut 0. Time bila??? Sejam sebelum sahur??? Kalau dah sahur pun pkl5 baru terjaga macamana nak makan iron tablet sejam sebelum sahur??? Time berbuka??? Takkanlah time orang ngah sedap-sedap berbuka dengan makanan yang lazat-lazat, aku nak menelan iron tablet dan tunggu lagi sejam untuk makan??? Betul tak???betul kan?kan?kan? Bila aku jawab macam tu saja. Nurse terus tanya. Dah tu kenapa puasa??? uik?? alamak. Aku terkesima teruuuuuuuuuuuuuus diam!

Tu la banyak sangat jawapannya. Padahal memang salah sendiri. Bukan tak boleh puasa tapi kalau sampai bahayakan nyawa baby, nurse mana yang tak marah. Betul tak??? Nurse terus terangkan kat aku effect hb rendah. Aku dengar dengan penuh kusyuk walaupun sebenarnya dah berkali nurse-nurse tu semua explain. DEGIL!!!

So aku pon minta suggestion dari nurse tu. Apa yang patut aku buat??? Nurse tu cakap tak payah puasa. Then try makan Iberet Folic. Apa tu???


Haaaa..inilah menda alah Iberet Folic tu. Iberet ni merangkumi Iron, Vitamin C, B complex dan Folic Asid. So pendek kata aku tak payahlah menelan semua ubat-ubatan yang KK bagi sebelum ni. Makan sekali saja sehari. Iaitu 2jam sebelum makan. Kalau dulu nak kena makan Iron Tablet 2pagi 2malam. Macam nak berbuih-buih mulut aku makan benda tu. Tapi effectnya still mengecewakan. Sekali saja cecah 11 pastu memang 10.6 macam tu. Then yang paling buat kakak-kakak nurse dan Dr. meroyan bila bacaan hb aku turun kepada 9.2. Gila!!! Aku pon terkedu. Nak cakap apa lagi. Memang salah sendiri. Harga Iberet Folic ni kalau kat farmasi luar dalam RM30.00 tapi kalau beli kat KK just RM25.00.

Bila fikir-fikir balik, kenapalah nurse tak suggestkan menda alah ni dari 1st dulu. Senang sikit. Taklah bercinta sangat aku nak menelan ke4-4 ubat yang KK bagi. Fuh!!! Mencabar bebeh.

Dari bilik nurse dah kena bebel. Nurse kata oleh kerana aku dah masuk 32weeks so nurse suruh pergi bilik Dr. untuk scan. Aku pun dengan perasaan yang excited berjalan menuju ke bilik Dr. Sekali HAMEEEK!!! Dr. pon bagi aku ceramah free pasal hb.Lagi haru. Dr. kali ni garang gila! Marah ngan muka-muka. Sentapppp!!!


Tapi dah marah-marah tu dia bagi aku tengok jantina Baby Que. Hehehe... Still boy. So insyaAllah lah Baby Que adalah baby boy. Alhamdulillah!!! Berat Baby Que pula sekarang 2.2kg. Wah!!! Dah besar anak ibu muchuk-muchuk ni.

Sekarang ni memang tak macam dulu. Kalau dulu aku akan rasa Baby Que bergerak sekali-sekala tapi ada masa-masa Baby akan sangat aktif. Sekarang pula, setiap pergerakannya aku akan rasa. Walaupun dia hanya menggerakkan sikunya. Wah!!! Ya lah. Dia makin membesarlah katakan. Kadang-kadang rasa tak selesa. Tapi kadang-kadang kalau dia senyap aku sendiri yang akan goyang-goyangkan perut minta dia bergerak. Hehehe...

:: InsyaAllah lagi 41hari. Doakan yang terbaik untuk aku dan Baby Que ya ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)