<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 3 August 2012

Perkembangan Baby Que.

Hai Kawan-kawan! Assalamualaikum... 


Selamat berhari jumaat!!! Hari ni pagi-pagi dah meng'google' pasal Baby Que yang kini telah beranjak ke 31minggu. Alhamdulillah... Bila baca saja info kat Baby Center terus senyum-senyum depan PC. Rasa semakin excited tau. Memang orang kata jangan terlalu excited, tapi ini adalah sesuatu yang keluar dari hati. Tidak dapat diselindungkan lagi. Jom baca info kat bawah ni...


Source : www.babycenter.com.my


" Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 


Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 


Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. "


:: Lepas baca saja info ni terus cari pembaris panjang. 41cm tu panjang juga kan??? Waa... Alhamdulillah dah besar anak ibu...Hope segalanya berjalan lancar..;) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)