<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label :: kisah makhluk Allah ::. Show all posts
Showing posts with label :: kisah makhluk Allah ::. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

Sunat secara beramai-ramai. Meriah!

Hai kawan-kawan!!! Entry ke 2 petang ni... Rajin kan?kan?kan? Nampak sangat mood bekerja sudah kelaut! yang membuak-buak kini mood bercuti dan BERAYA!!! Hohoho...

Raya tahun ni sangat excited kerana 1st time beraya sebagai seorang isteri, ibu2be,menantu dan kakak ipar. Tak pastilah ini adalah excited atau jakun kuasa 8! hahahaha... Aku excited tahap gaban Hubby tak payah ceritalah. Sebab tahun ni kami dah decide akan beraya di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Iaitu merupakan kampung Hubby. 1st year kahwin, so kampung Hubby dulu la ya. Tapi tak mengapa. Disana juga keluargaku. Tak ada bezanya beraya di kampung ku or Hubby. Serious!!!

Eh... berbalik kepada title kat atas tu. Actually aku nak cerita pasal anak-anak meow kat rumah tu yang selamat aku dan Hubby hantar ke klinik untuk di 'spay'kan atau dalam erti kata lain dimandulkan. Nampak macam kejam kan?kan?kan? Ada pula nanti Jemah dan Peah yang cakap "Eeeee...Kecian kucing-kucing tu"

Actually hukum meng'kasi'kan kucing adalah harus. Untuk keterangan lanjut pasal Spay ni bolehlah klik SINI. Atau terus contact Klinik Haiwan Tiram. Boleh tanya terus dengan Doktor-doktor sana. Especially Dr. yang cun melecun ni, Dr Marlia. Mereka ni boleh terangkan secara lanjut. kalau tanya aku. kang merapu-rapu pula jawapannya. Hehehe...



So inilah keadaan bila budak-budak ni dibawa pulang ke bilik mereka. Macam-macam patern. Seronok tengok telatah mereka.

And sebelum aku lupa. Ini adalah satu daripada kebaikan memandulkan kucing korang. Ini terjadi kepada kucing aku sendiri...

Nama kucing aku ni Chitam. Dia kucing betina. Sebelum ni dia pernah berkahwin dengan seekor kucing jantan yang bernama Peiling... Tapi sayangnya Peiling telah kembali menghadap Ilahi pada baru-baru ini. Sedih!!! Dia disahkan FIP oleh Dr. Marlia yang merawatnya.

Bila dapat tau penyakit yang di carry oleh Peiling. Terus risaukan Chitam. Nak dijadikan cerita masa proses pemandulan dijalankan Dr. telah menemui nanah didalam perut Chitam. Dan alhamdulillah nanah itu berjaya dikeluarkan semuanya. Dan kini Chitam dalam keadaan stabil. Syukur!!!

Haaaaa...yang ni aku nak share kepada kawan-kawan di area Kampar dan mempunyai kucing untuk dimandulkan tapi tak mampu dengan kosnya yang agak tinggi. Bolehlah joint program yang dianjurkan oleh KTAJ ni. Untuk keterangan lanjut klik SINI. Sharing is caring kaaaaan!

:: (^,^) ::

Tuesday, 7 August 2012

Happy + Sedih

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Hari dah masuk 18 ramadhan. Dah 18hari juga umat islam menunaikan puasa. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menahan lapar dan dahaga. Thanks juga kepada rakan kongsi badan aku iaitu Baby Que yang bekerjasama menahan lapar dan dahaga bersama-sama Ibu. Oklah, mukadimah saja berjela panjangnya. Mesti ada yang cakap... Laaa... Macam ko sorang la yang berpuasa. Hehehe... Actually saja nak berceloteh di tengahari selasa yang mulia ni. Napa??? Tak boleh??? Lalalala...

Hari sabtu lepas aku, Hubby dan emak jalan-jalan mencari barang-barang untuk persiapan raya. Tapi emak la yang membeli aku banyak mem'blah' saja. Almaklumlah raya tahun ni memang tak boleh nak beraya sakan. Banyak kelengkapan Baby Que yang masih pending. Ingat senang hati ke aku ni haaaa???;(((

Nak dijadikan cerita orang ramai pergi bershopping-shoppingan untuk raya. Aku dan Hubby sibuk mencari kelengkapan yang masih belum dibeli. Hohoho... Walaupun cam tak best saja tengok orang kiri kanan beli kelengkapan raya. Macam ala-ala jealous gitu. Tapi yang bestnya time ni la boleh borong barang murah-murah. Oh I like MURAH!!! So mari kita cari bahan untuk membuat bedung bayi...


OOOFFEEEEEEEEEEEER!!! I like this word...


Oh thanks mak sebab offerkan diri untuk memilih kain cotton yang ada disini dan meng'offer'kan diri untuk menjahit bedung cucu mu nanti. I lap U!!!


Ini pula Incik Hubby selaku bodyguard kami. Haaaa... Siapa berani marah kami pilih kain lama-lama??? Meh arrr sini... Takot tak??? takot tak?? Hehehe...


MARI MARI MARI BELI.... kain murah-murah. Dimana??? Di Nagoya. hehehe... Tak perlu membazir beli kain di Gulati's kot eh??? hehehe...ops...

Menurut emak selaku penjahit bedung Baby Que nanti. Kain cotton adalah kain yang sangat sesuai untuk dijadikan bedung. Begitu jugalah nasihat dari penasihat-penasihat tetapku. Mereka kata kain cotton lagi selesa dari kain batik. Thanks la kepada kawan-kawan yang selalu berkongsi pengalaman dan info dengan ku. Tak ada kalian, siapalah aku. Cewah!!!

Ok berita sedih pula. Pagi ni aku telah diberitahu oleh Dr. Marlia dari Klinik Haiwan Tiram. Deqya telahpun pergi menghadap Ilahi. Sedih!!! Tapi aku kena terima. Innalillahiwainnailaihirojiun...



:: R.I.P Deqya ::

Thursday, 5 July 2012

Nama dia Teddy.

Tiba-tiba rasa nak tayang anak meow baru kami. Kecik lagi budaknya. Jumpa tengah berkeliaran di restoran mamak E&Y  Taman Gaya. Kecian tengok dia mengejar kaki orang yang lalu lalang tapi tak diendahkan jadi Hubby decide nak bawa balik. Ekor kontot. Lari macam bear so kami letak namanya Teddy. Kini si kecik Teddy selamat dalam jagaan ibu dan abah-2-be. Hobinya setiap masa mengejar kaki orang. Sangat nakal!!!


::Doakan anak-anak meow kami semua sihat ye ::

Monday, 30 April 2012

Pergi buat selamanya.

Assalamualaikum...

Hari ni hari yang suram dan sugul. Tak tahu dari mana nak aku mulakan cerita. Cerita panjang-panjang pon ending tetap akan mengalirkan air mata. Cuma ingin berkongsi rasa dengan semua. Anak meow yang disayangi seekor telah pergi menghadap penciptanya sabtu lepas di Klinik Haiwan Tiram akibat kidney problem.

*gambar kenangan Oyeen & Kontot*

Aku tak tau dari mana puncanya, cuma yang pasti Tuhan lebih sayangkannya. Sabtu lepas aku hantar Kontot ke klinik kerana demam panas yang mendadak. Buat dia lemah dan tak bermaya. Tapi dalam keadaan itu, dia masih berupaya untuk menghabiskan wet food yang aku hidangkan untuknya. Hurmmmm...biarlah gambar menceritakan segala-galanya.Terus-terang aku tak mampu untuk meneruskan cerita.



Yang pasti Kontot my sweet nakal princess dah pergi buat selama-lamanya. Maha suci Allah!!! Terasa berat didada. Air mata meluncur laju. ;'(


*Semoga damai dan tenang anak ibu disana. The most important yang Kontot kena tau. Abah dan Ibu sayangkan Kontot.*

Wednesday, 25 January 2012

Manusia ni kenapa?

Hari ni oleh kerana banyak company yang belum beroperasi lagi makanya kerja aku pun sangat senang. Menghadap FBdan membaca beberapa blog. Kebanyakkan blog-blog yang aku baca adalah tentang kucing-kucing yang comel-comel belaka. Nak buat macamana kalau dah minat kan?kan?kan? Tengah-tengah berdating ngan pakcik google tiba-tiba terbaca 1 kisah sadis tentang seekor monyet.

*sekadar perhiasan*

Kalau ada sesiapa yang belum kenal rupa monyet. Inilah rupa seekor monyet. Agak tak hemsem tapi ingat ya semua kawan-kawan yang mempunyai hati dan perasaan. Monyet juga berhak hidup diatas dunia ni. *dengan nada serious*

Begini kisahnya...*klik gambar untuk membesarkan gambar*







Peh... air mata aku macam mencurah-curah ke ladang gandum weh baca blog INI. Betapa kejamnya makhluk yang bernama manusia. Terus rasa nak balik rumah peluk anak-anak kucing kat rumah tu. So kepada korang kawan-kawanku yang dihormati sekalian. Silalah hargai nyawa disekeliling anda walaupun nyawa seekor monyet. Kerana membunuh makhluk ciptaan Allah juga namanya membunuh. Dan membunuh adalah perbuatan KEJAM!!! Ingat tau!!!

:: Sambung nangis ;'( ::