<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 26 January 2012

Pendapat Wa vs Pendapat Lu!

Hai!!! Hai!!! Hai!!! Selamat pagi si cun melecun dan si ganteng!!!

Hari ni pagi-pagi dah rasa nak berceloteh-celotehan. Sebab pagi-pagi lagi dah rasa nak gelak berguling. Mana taknya, terbaca status FB yang di post oleh seseorang lebih kurang macam ni " Takde duit, dengan cinta je boleh bahagia?? Hak tuih". Terus rasa nak gelak-gelak sambil joget-joget. Dan yang paling best aku rasa macam sibuk-sibuk nak jadi pengulas statement tu. Hai la nyawa, Hai la badan... Serious lawak!!!

Okay nak sambung gelak... Hahahahahaha.... Cop!! Hahahahaha.... Okay enough!!!

Actually, statement orang ni sangat betul Okay!!! Siapa kata salah sila angkat ketiak tinggi-tinggi. Mana boleh bahagia dengan cinta saja. Siapa yang kata 'Saya tak perlukan duit, sebab saya bahagia dengan cinta' Meh aku nak habaq. Dengan cinta boleh kenyang ke perut kau yang lapar??? Tak boleh kan?kan?kan?

Ada pula kata, Duit segalanya! Ini aku langsung tak setuju. Kenapa aku tak setuju??? Eh..Korang tak tengok iklan ke?? Mak abah tunggu kepulangan anak yang dah lama tak reti-reti nak balik kampung sebab cari kekayaan kat bandar. Padahal tiap-tiap bulan anak tu kirim duit. Bahagiakah mereka dengan duit yang diberikan oleh anak??? Korang boleh fikir sendiri. Bahagia tu bukan datangnya dari harta yang menggunung tingginya. No! No! No!

Ada pula yang kata, Cinta, kau la segalanya! Ini lagi gila. Mana ada orang boleh hidup dengan cinta saja. Tak ada duit nak makan renung muka cinta hati saaaaaampai kenyang! Boleh ke? Kalau boleh kenyang kasitau aku. Aku pon nak buat juga. So bolehlah aku kurus sikit.

So kesimpulan dari perkara-perkara yang tersimpul-simpul bak tajuk lagu Anis Suraya iaitu Cinta Tersimpul Rapi diatas, Duit dan kasih sayang atau cinta perlu selari. Semuanya perlu ada untuk ramuan kebahagiaan. Tak percaya??? Silalah cuba. Keseimbangan sangat perlu tau! DUIT yang sangat penting adalah Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. 






Dan yang paling penting keseimbangan antara Dunia yang sementara dan Akhirat yang Kekal Abadi. Jangan sesekali kita lupa dan leka dengan harta dunia. Rumah besar-besar, sportrim kereta tukar setiap bulan, Handset tukar setiap minggu bukan jaminan kebahagiaan. Sementara bernafas ni, jangan lupa bersyukur kepada yang Maha Esa. Ingatan ini buat diri-sendiri dan semua yang membaca.*nada serious*


:: rasa nak pergi karaoke la. Nak nyanyi Cintaku 100%.. huhuhuhu ::

3 comments:

  1. boleh apa..dgn cinta kenyang memanjang...xgitu..kalo tidak xder ler kuar statement, pandang muka hubby powut ku kenyang...hehheee

    ReplyDelete
  2. Si Gile Dan KeGILAannye : *wink2*

    LadyCempaka & Leman : Itu statement mengada je kak... Realitinya pewot I kruk krak kruk krak...;P

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)