<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 18 January 2012

Kata orang...kata orang... kata orang !!

Alahai... Tepu dah aku ni. Bila tengok kawan-kawan update blog mereka. Rasa macam "hai manalah pergi mood untuk mengupdate diary aku ni!!!" Kenapa aku jadi macam ni? Why??? Why??? Ini semua terjadi kerana ketidakadaan idea untuk menulis. *ketiadakadaan tu ada dalam kamus tak??* Tengok kawan-kawan update blog, macam nak cakap " Eh boleh tak kalau kau update blog aku sekali." Boleh tak macam tu?? Aci tak?? Huhuhu~

Siapa kata aku tak rindu dengan blog aku?? Siapa?? Sila angkat tangan tinggi-tinggi. Serious rindu Bebeh! Tapi dari aku merapu tak tentu arah macam ni better aku senyap. Kang ada pula yang kata "mengapa pula dia ni jadi begini lepas kahwin??" Actually, kalau nak tahu aku sebelum dan selepas kahwin tiada bezanya. Masih gila-gila seperti selalu. Gila-gila ok! Bukan gila meroyan. Hehehe...



Dah nak dekat 2bulan kahwin. Sangat-sangat-sangat bahagia!!! Ada orang kata baru-baru kahwin memang bahagia, tengoklah nanti kalau dah lama. Aku tak berapa nak setuju dengan statement itu wahai korang-korang. Kebahagiaan rumahtangga bukan bergantung pada jangka masa tapi pada bagaimana kita menguruskannya. Buktinya Emak dan Abah, Ibu mertua dan Bapa mertua, Abang Ngah dan Kak Ngah, Abang Uda dan Kak ros dan bla...bla...bla... masih melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia. Lama kot mereka tu dah kahwin. Masih bersayang-sayang, masih bermanja-manja walaupun anak, cucu dah berderet. Bagi aku yang tak bahagia tu datang dari diri-sendiri. Betulkan aku, kalau aku salah. :)

Kan!!! Sekali dah menulis rasa tak mahu stop. Hai lah jari-jari runcingku. *runcing kah?? hahahaha* Oklah kawan-kawan, minta kamu semua doakan rumahtangga aku happy ever after. Cewah! Aku juga doakan kepada korang semua semoga korang happy-happy selalu. ;)

:: Jangan dengar sangat cakap orang, ada betul dan ada ketidakbetulannya. ;) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)