<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 30 January 2012

Makanan Sarawak.

Hai kawan-kawan! Salam satu Malaysia. Hamboi!!! Berbudi bahasa betul aku hari ni. Oleh kerana aku mengalami simptom-simptom mengantuk yang teramat sangat. Tahap tersengguk depan PC. Terus keluar mentol nak story-morry dan merapu-rapan kat sini. Tersengguk-sengguk depan PC dan depan Boss adalah satu perbuatan yang sangat tak sopan kerana menghilangkan keayuan diwajahku. Persoalannya... Ayu ke??? Lalalala~ ;P

Pastu tangan pon membelek-belek gambar masa pergi honeymoon secara berjemaah dulu. Terus rasa macam nak senyum-senyum. Haaaa.. Baru ayu kan?kan?kan? Tapi sebab aku tersenyum-senyum sorang pon merupakan satu perbuatan yang menimbulkan persoalan orang disekeliling. Lagi-lagi orang yang dok menghadap muka aku yang cute ala-ala Maya Karin dalam filem Ombak Rindu tu. *uweeeek ...muntah sekarang dengan jumlah yang banyak* iaitu Boss ku yang dahulunya hemsem. Sekarang TIDAK lagi. Huh!


Ahaaaaaaaaaaaaaaaa...makanya timbullah mentol-mentol diatas kepala aku. Korang-korang bolehlah pilih mentol mana yang nak duduk atas kepala aku. Best tak boleh pilih-pilih? Ohohoi~

Mukadimah sikit punya panjang dan menjengkelkan! Enough is enough! Jom teruskan pada topik yang aku nak story-morry. Masa aku dan Incik Hubby serta rakan-rakan seangkatan pergi honeymoon secara beramai-ramai ke Kuching, Sarawak. Tak lengkap rasanya kalau tak mencuba makanan-makanan pelik yang terdapat di Sarawak.


Teringin nak makan menatang kat atas ni. Halal kan ulat sagu ni? Tetapi apakan daya. Tak jumpa pun orang-orang jual. Nak juga test seekor dua. Mana tau kena dengan taste. Wuhuuuuuu~

So oleh kerana tak dapat makan menatang yang tergedik-gedik ni. Jadi kuranglah sikit kegedikan aku. Marilah kita teruskan dengan apa yang dah tersimpan didalam perutku menjadi lemak-lemak yang sukar disingkirkan. Ahahai~


Kat atas ni merupakan air yang aku tak pernah jumpa kat Semenanjung. Air Kelapa dalam tin dan air tin Sundrop. Rasa dia boleh tahan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, air ni hanya dijual di Sarawak. Wallahualam... Tipu mereka, tipulah aku. ;)


Ok kawan-kawan yang di hormati sekalian. Ini mee kolok. Sedap! Boleh try. ;)


Ini pula Midin. Sejenis masakan dari sayuran. Aku kurang arif mengenai masakan ni. Maybe nama sayur yang dimasak itu Midin. Mungkinlah kot! Hahaha... Main hentam saja. Makan pakar. Tapi explanation hancus. Apa sey!!!


Obor-obor masak apa entah. ;)


Ambal. Yang ini rupa dia sebiji macam ulat. Tapi rasa dia. Peeeeeh!!! Terangkat beb!


Yang Ini Umai Ikan. Rupa dia macam cencalok pon ada. Tapi rasa dia lain. Sedap hingga menjilat ibu jari kaki. Wa cakap Lu!!!!


Sup Gamat. 1st dengar saja Gamat terus terbayang. minyak gamat... Eiyuuuuuuuuuuuuu... Tapi sekali rasa. Tambah lagi, tambah lagi, tambah lagi... Sampai licin. nyum...nyum...nyum...

Banyak lagi makanan yang kitorang dah baham antaranya Ayam pansok, Nasi Aruk, Buah Dabai, Laksa sarawak dan bla...bla...bla... Tapi sebab dah nampak makanan. Camera entah kemana. Faham-fahamlah ya Peah dan Senah sekalian. 

Perut aku terus berkeroncong. Nak makan semua ni!!! Bestnya! Bilalah dapat pergi lagi. Nak makan banyak-banyak-banyak. Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

:: Makan tu best kan?kan?kan? ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)