<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 13 June 2012

Dah nampak Baby Que!!! ;)

Ok dah cerita pasal booking. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa tu hari sabtu. Tak sabar-sabar nak jumpa my sweet Baby Que. Tak pernah tengok dia. 1st time lah katakan, jadi excited yang melampau-lampau. Gerak dari Bentong tengahari tu bersama-sama Hubby, MIL & BIL. Dalam perjalanan macam-macam rasa ada. Sekejap berkerut muka sebab nervous, sekejap senyum tak sabar nak menatap wajah Baby Que yang dinanti-nantikan. Permata hati aku dan Hubby.

Oh ya... Lupa nak bagitahu! Aku booking Scan tu di Klinik Fauziah, Ampang.


Haaa...siap menggoogle map untuk korang tau. Nak lebih jelas korang boleh la pergi google map sendiri. Taip saja Klinik Fauziah confirm keluar map ni. Tak caya pergi buat sekarang.

Sampai saja di area klinik jam baru menunjukkan pukul1:00. Alamak!!! Lagi sejam. Apa pula aktiviti kami disini??? Tiba-tiba Baby Que bergerak dengan penuh ligat. Oh!!! Rupa-rupanya perut belum diisi. MIL tanya nak makan apa. Kebetulan toleh kiri kanan ada Dominos Pizza. Oh I love Dominos. Cheese Burst!!! Nasib MIL tak kisah. So makan sajalah dekat situ. Habis makan saja terus gerak ke klinik. Kebetulan aku memang nak check tekanan darah.

Alhamdulillah tekanan darah aku normal. Sebelum turn aku jumpa sonographer untuk scan, sempat lagi aku jumpa Doktor. Macam-macam yang aku nak Doktor tu check dan macam-macam soalan aku dah sediakan untuk Doktor. Macam-macam jugalah nasihat yang Doktor tu beri pada aku. Rupa-rupanya pemakanan aku sangat-sangat tak sihat. Sebab tu HB aku rendah dan suspect kencing manis bagai. Fast food semua aku tala habis. So syabaslah aku ucapkan untuk diri sendiri. Wuhuuuuu~~~ Kepada awak-awak-awak especially ibu-2-be macam aku, silalah jaga pemakanan awak. Jangan jadi seperti aku.

Ok abaikan cerita sadis diatas!!! Tibalah turn aku untuk di scan. Dup dap dup dap ~ Masuk bilik dan berjumpa Jezzlyn. Wah... Jezz sangat cantik! Itu yang aku fikirkan masa mula melangkah kedalam bilik untuk di scan. Jezz merupakan sonographer aku pada hari itu. Friendly sangat!!! Hubby dibenarkan masuk. Begitu juga dengan MIL & BIL.

Ok tiba masanya aku berbaring... Masih dalam keadaan seram sejuk. Rasa nervous sangat-sangat nak jumpa Baby Que. Tapi dalam nervous-nervous aku tu sempat aku tengok muka Hubby. Senyum meleret!!! Aku tau dia sangat excited, sama seperti aku. Anak pertama kot. 1st time melalui semua ni. Seronok! Alhamdulillah kami diberi peluang melaluinya. ;)


Siapa tau ni gambar apa??? Angkat tangan!!! Inilah kaki milik Baby Que. Patutlah aku selalu rasa bagai ada gelanggang futsal dalam perut ni. Rupa-rupanya favourite Baby Que. Siap tendang dengan kedua-dua belah kaki. Hamboi!!! Sayang ibu, dalam perut saja tau ibu izinkan awak tendang-tendang. Dah kat luar tak boleh tau! Hehehe... Harap Baby Que akan jadi anak yang baik. amin...

:: ok nanti sambung balik. Saja bagi tengok kaki Baby Que dulu.. hehehe ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)