<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Saturday 16 June 2012

Panduan pemakanan untuk ibu mengandung.

Hai... Hari ni terlebih rajin mengupdate entry. Rasa nak berceloteh sangat-sangat. Tak pasti kenapa. Hormon kot. Hehehe... Hari ni nak share info dengan semua awak-awak-awak yang membaca. Nak story-morry tentang pemakanan untuk mak buyung seperti aku.

Masa trimester pertama, tak dinafikan memang susah ada selera nak makan. Mau taknya, makan saja muntah, makan muntah, kadang-kadang  rasa takut nak makan sebab muntah tu adalah sangat tak best! Lepas tu muka dah macam mayat hidup. Pucat semacam. Yang buka selera kalau makan fast food or pendek kata makanan-makanan yang tak sihat. So Hubby memang tak ada choice time tu. Dari tak makan, baik belikan saja apa yang aku nak makan.


*curi dari pakcik google*

Tapi bila masuk trimester kedua, selera jangan cakaplah. Mengalahkan bela jin. Pernah sekali aku makan 2pinggan nasi beriyani dengan 4 ketul ayam. Boleh bayangkan??? Dan hasilnya berat badan ku naik dengan mendadak. Syabas kepada diri sendiri!!!

Serious berat badan aku memang tak pernah jejak ke angka 50kg. Tapi bila berat badan tiba-tiba naik sehingga 55kg aku rasakan sangat-sangat berat untuk berjalan. Dan yang paling best, aku sangkakan ini adalah normal. Sekali pergi check up 'hambek ko' kena bebel dengan nurse. Dan hasilnya sekarang aku terpaksa berulang-alik ke klinik seperti yang diarahkan oleh Dr. Kena ambil darah tu sakit tau. Cuba bayangkan darah korang diambil pada pkl8 pagi sekali, pkl12 tengahari sekali, pkl6 petang sekali dan last pada pkl9 malam. Fuuuh!!! Ini bukan statement penipuan. Ini adalah kenyataan. Jadi kepada awak-awak especially ibu-2-be macam aku. Sila-silalah jaga makan. Jangan dengar bila orang kata makan untuk 2orang. Sebab yang makannya ibu, baby dalam perut cuma ambil nutrisi dari apa yang ibu makan.

Oh ya. Kalau ada sesiapa yang senang bengkak kaki macam aku. Ni nak share, hari tu sebelum scan kan ada jumpa Dr. Jadi Dr pesan suruh kurangkan pengambilan garam. Ok itu saja celoteh ku untuk hari ini. Semoga kalian dapat apa yang aku nak sampaikan. 



:: Lastly, share dengan semua piramid makanan yang boleh jadi panduan kita semua ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)