<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 15 May 2012

Bercerita tentang benda seni klik!klik!klik!

Holla!!! Hari ni datang idea nak berceloteh ala-ala Kak Jenab a.k.a Kak Jeton. Ni semua adalah kerana tadi aku berchot-chet dengan abang kandungku selaku orang yang bertanggungjawab membantai aku masa kecik kalau tak mau balik rumah atau dengan kata lain tak reti nak balik mandi. Dia adalah taraaaaaaaaaaa.....


Ok. Kalau tengok muka pun dah dapat agak dia ni garang tahap singa laut punya kan?kan?kan? Actually dia sangat-sangat ok. Tak adalah garang manapun. Nama pun abang confirm dengan aku dia buat muka ganas kan?kan?kan? Padahal dia tak tau adik dia yang comel lote ni memang sangat mendengar kata. HAHAHAHA...ok..sendiri tulis, sendiri geli. As usual, siapa-siapa yang ada rasa loya baik sediakan baldi. Takut muntah hijau pula baca statement aku ni. ;P

Berbalik kepada tajuk kat atas sana tu, tadi aku borak dengan abang Uda aku ni haaa... Pasal gambar pengantin yang dia snap. So konon-konon nak suruh kami adik-beradik tolong commentkanlah. Mana tau boleh improve. Syabas abang!!! Dari memetik gitar kini awak telah beralih kepada memetik camera. Waaaa... Bestnya!!!

Dalam masa tu terus teringat sebelum bergelar mak buyung. Ada suatu hari tu aku ikut photographer masa aku kahwin hari tu. Alaaa... Kak Wani tu. Untuk keterangan lanjut pasal pakej yang disediakan korang boleh contact dia sendiri kat SINI. Wah!!! Sempat promote. Haaa...sambung balik. Aku ada ikut Kak Wani pergi memetik gambar orang main kawen-kawen di pontian. Yang paling best dia hulur aku DSLR yang ada dalam koleksi dia. Dia kata kalau betul minat tunjuk bakat. Wah!!! Teruja mak noq!!!

Dan hasilnya....





Maaf semua!!! Model yang anda semua lihat ni bukan dari dewi remaja atau artis-artis di dalam Malaysia ni. Beliau merupakan model di Los Angelas. Hahaha... Ni actually member aku. Dia sangat-sangat-sangat sporting kalau disuruh berposing. Pantang nampak camera. Haish...memang perempuan macam tu kan?kan?kan? Aku tak terkecuali.;P

Lepas tu snap pula gambar...




Hai!!! Ini nama dia Bella. Kak Wani punya kucing. Tak kekok berpossing. Almaklumlah, walaupun dia bukan perempuan tapi dia betina. Makanya dia pon memang gila berpossing. Bella dan model aku kat atas tu kini berkawan baik. Hehehe...



Haaaa...asyik petik gambar orang saja. Sesekali nak juga gedik-gedik depan camera. winkwink!!!

Tapi ini semua cerita sebelum aku bergelar ibu-to-be. Sekarang bawa perut sajalah kemana-mana. Ada gak gosok-gosok hubby untuk ikut Kak Wani lagi. So bolehlah belajar banyak benda. Pastu nak gi kursus. Wah!!! Tinggi cita-cita kau, Ita!! Tapi Hubby kata, apa-apa pun tunggu sayangku dalam perut ni keluar dulu. Larat ke tidak. Hahaha... Baiklah Incik!!! Apa-apa pun bila fikir balik, aku dari kecik memang minat benda-benda halus ni. Bukan makhluk halus HOKEY!!! Benda-benda seni ni sangat unik bagi aku. Kalau dulu masuk seni mempertahankan diri lepastu seni tarian. Sekarang seni klik!klik!klik! la pula. Nak nyanyi kang korang tak sanggup nak dengar kemerduan suaraku ini. Hahaha. Oklah, kepada korang-korang yang minat macam aku gak. Nanti kita sama-sama gi kursus eh??eh? Tapi tunggu aku dah slim-melim nanti. ;P

:: Kata ikut pergi snap gambar orang kawen. Mana gambar pengantinnya??? Gambar pengantin serah pada Kak Wani. Belum tahap aku..lalalalala ::

4 comments:

  1. Actually dia mmg ada bakat amik pic, kalo nk tgk contoh2 dia amik pic kawin lawat lah blog kami di qasehgambargraphy.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit sifuuu...jgn kate begitu..muntot kembang..;P

      Delete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)