<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 12 December 2011

Bulan itu bulan madu

Yuhuuu... Pagi isnin yang indah telah tiba. Berat saja rasa hati nak pergi kerja pagi tadi. Mana taknya badan rasa letih sangat, baju kotor sebeban, suara dah tak semerdu biasa *hahahaha..pengsan* dan yang paling penting dah 3hari tinggalkan anak-anak. Rasa nak duduk menghadap mereka sampai malam. Rindu!!!

Kalau ada sesiapa ingat pasal Incik Hubby yang busy mem'booking' flight ticket di entry ini. Masa tu kami masih bergelar tunangan. Minggu lepas kami dah pun ber'honeymoon secara berjemaah dengan member-member Incik Hubby. Sangat best! Sangat padat dengan aktiviti! Sangat-sangat-sangat syok!


Sarawak memang sangat menarik untuk dikunjungi. Mana taknya negeri Sarawak itu sendiri seperti sebuah muzium yang sangat-sangat besar. Toleh kanan sejarah, toleh kiri sejarah. Dan yang paling penting aku dan Incik Hubby suka tempat-tempat macam tu. Sebab tu lah selalu pergi Melaka, tak pernah jemu. Ni dapat peluang pergi jauh sikit takkan nak tolak, kan?kan?kan? Dapat pula penginapan yang sangat selesa di Merdeka Palace Hotel. Rasa tak nak balik semenanjung! Hehehe...

Oleh kerana malam tadi baru sampai ke semenanjung. Makanya semua yang pergi sangat-amat-sungguh penat dan tak sempat lagi nak upload gambar. Nanti bila ada masa akan ku upload dalam entry seterusnya. Suke, suke, suke!!! So siapa-siapa yang berhajat nak pergi bercuti di Kuching, Sarawak tapi teragak-agak. Takut tak best ke apa ke. Anda harus meneruskan perancangan anda. Tak rugi pergi kesana. Dapat belajar banyak benda. Especially untuk pencinta alam dan haiwan. ;)

:: kat sana kucing gemuk-gemuk...geram! ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)