<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 29 December 2011

Air mata 2011

Hari ni 29/12/2011, lagi beberapa hari 2012 akan menjengah dan 2011 akan pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenangan yang manis dan pahit yang pernah kita lalui. Sedih pula rasanya. Pejam celik pejam celik umurku akan berganjak ke angka 26tahun. Pejam celik pejam celik aku kini telah bergelar seorang isteri. Pejam celik pejam celik nasib baik pejam tu celik balik kalau tak celik-celik. Sadis! Alhamdulillah. Aku masih lagi berpeluang menghirup udara dan berpijak di bumi Allah. Kepada semua, ingat!! Bersyukurlah sebelum nikmat ditarik balik. Hidup ini adalah nikmat yang paling berharga. Terima kasih, Tuhan!!! Ops... ada yang tak bagus cakap Tuhan. Lebih baik cakap Allah. Actually bagi aku, as long as aku tahu Tuhan yang aku maksudkan itu adalah Tuhan yang maha esa iaitu Allah. Tak salah kot kalau aku suka cakap Terima kasih Tuhan kerana menghayati. Tak gitu?? Itu pendapat aku saja. Terpulang pada pendapat masing-masing. ;)

Masih terbayang jelas dalam minda ku pembukaan 2011 adalah detik menggembirakan bagi diriku. 1.1.11 aku telah di'cop' oleh Incik Kudut yang kini telah menjadi Incik Hubby. Tarikh keramat itu jelas memberitahu betapa Hadhrami Farhan sangat-sangat-sangat serious dengan hubungan kami. (T.T)


Selepas kami serious dengan hubungan ni. Kami sama-sama menempuhi ujian dan dugaan hidup. Darah manislah katakan. Tapi bersyukur kerana kami berjaya menghadapi semua itu bersama-sama. Walaupun air mata sering mengalir terluka kerana merka-mereka yang tak mungkin tak suka dengan hubungan kami. (T.T)

2011 juga merupakan tahun yang sangat menyedihkan apabila air mata ini tak henti-henti mengalir ke pipi pada tanggal 23.09.2011 baby kepada BFF ku telah pergi menghadap ilahi (T.T) dan pada tanggal 04.11.2011 pula iaitu dua minggu sebelum sampai ke tarikh keramat ku yang seterusnya Atok ku telah pergi untuk selama-lamanya. (T.T)

Pada tanggal 19.11.2011 pada jam 11.44a.m di Masjid Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor Hadhrami telah berjaya dengan lancarnya melafazkan akad nikah dan serta-merta menjadikan kami sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah (T.T)

Ketika membaca takhlik air mataku mengalir dengan deras sekali. Betapa aku bersyukur dengan pernikahan kami. Air mata tanda gembira kerana mendapat sorang suami yang sangat-sangat baik. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku teman hidup yang baik hati. Dan kini dia menjadi imam muda ku. Alhamdulillah. (T.T)

:: airmata yang mengalir dipipi membuatkan aku lebih tabah dan menghargai hidupku kini. Alhamdulillah ::

2 comments:

  1. seronokkan jadi isteri kpd suami yg mnjd teman hidup kte slm2nye...sesungguhnya ALLAH SWT itu maha adil...

    ReplyDelete
  2. betul..sangat seronok dan bahagia...rasa 0 je bila si dia jauh dari kita...;) Alhamdulillah!

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)