<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 8 December 2011

Review : Wedding Cake

Sejak bergelar seorang isteri, hidup aku rasa semakin lengkap. Serious weh! So kepada semua anda digalakkan kahwin cepat-cepat. Boleh gitu? Hehehe... Haaa... ni nak cerita. Sebab 'title' tu jugalah blog ni tak ter'update'. Bukan cubaan ini betul-betul. Tak sempat Uols. Balik rumah saja anak-anak dah menunggu nak diberi makan dan perhatian. Dekat tempat kerja Boss aku yang cantik dan kacak pula rancak dok arah itu ini. So memang serious tak sempat. Mesti korang rindu aku kan?kan?kan? Cop! Ada sedia baldi tak untuk tadah muntah hijau korang tu? Hahaha....

Entry kali ni nak cerita pasal Wedding cake aku yang lepas. Kira macam ala-ala review la.




Taraaaaaaaaaa...Inilah Wedding Cake aku dan Incik Hubby dihari yang bersejarah itu. Hari Kelepak-kelepak-kelepak-kelepung-kelepung-kelepung tu. Hari yang aku dan Incik Hubby ditabalkan menjadi raja sehari setelah berhari-hari kami menjadi kuli. Hahaha...

Cake ni buat aku sangat-sangat-sangat FRUST!!!

Ok sebab aku frust nanti aku cerita. Story pasal Wedding Cake dulu. Cake ni 3kg dan tak silap ada 20 biji cupcakes. Harganya amat-amat-amat berpatutan. Oleh kerana kami pengantin on budget. Makanya kami decide nak cari cake yang murah dan sedap. Mula-mula kakak nak buatkan Wedding cake aku. Tapi last minute ada problem sikit sebab kakak kena buat Cheese tart untuk kami dan banyak order last minute.

So nak dijadikan cerita aku dapat tau seorang kakak ni nama dia Kak Lat. Memang ambil order untuk Wedding Cake. Masa tengok gambar-gambar cake kat page FB dia risau juga mahal. Tapi bila tanya harga terus senyum lebar. Amat-amat berpatutan. So terus order :

Tema : Hijau putih (pink untuk bunga supaya tak nampak pucat)
Berat : 3kgs
Cupcake : 20 biji.
Harga : RM200.

Diulangi harga RM200 sahaja ye. Siap kaki lagi. Kakak tu memang sempoi *sebab bagi aku cupcake free banyak-banyak-banyak..;P* Ramai yang puji kesedapan cake yang dia buat. Tapi pasal tu jugalah aku FRUST!!!! Mana tak frust aku dan Incik Hubby hanya dapat menjamah cake tersebut semasi sesi potong cake dan berpossing-possingan saja. Lepas tu cake tu lesap dan habis sepantas kilat. Hehehe. Lain kali bolehlah kalau nak order dengan Kak Lat lagi. Selain Wedding cake Kak Lat pun terima tempahan cake untuk event lain. Untuk keterangan lanjut korang bolehlah contact dia sendiri.


Ok habis review pasal Wedding Cake. Lastly, Nak promote... Kalau korang nak order cake yang sedap-sedap ni listnya :

  • Kakak Aku : Hashimah Hassan - Orang yang bertanggungjawab buat cheese tart doorgift untuk family Incik Hubby.
  • Makcik Aku :Azlina Kamsan - Orang yang bertanggungjawab buat cake untuk hantaranku kepada Incik Hubby. Gambar akan diupload. ;)
  • Geng TCSJB aku : Nurul Wahidah - Cun gila-gila-gila Cake dia.
:: p/s : Eja kek nak cake kan? agak poyo! ;P ::

2 comments:

  1. heheh igt kan frust sebab tak sedap..hehe..tapi lawa la kek u...nyum2

    ReplyDelete
  2. Eh no la... kalau xsedap Ita xbuat review. Sedap!!!;)

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)