<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 19 July 2012

Pengalaman semalam.

Salam hari khamis semua!!! Assalamualaikum... Hari ni aku nak story-morry pengalaman aku semalam. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Al-kisah semalam aku memulakan pengiraan pergerakan Baby Que seperti yang diajar oleh nurse hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, semalam pergerakan baby sangat lemah. Sebelum ni pukul5 petang sahaja 10kali pergerakan dapat dilengkapkan dengan jayanya. Tapi semalam tak.

Malam tu pukul8 aku masih boleh berfikir positif. Siap makan char kuey teow special lagi Uols. Tapi masuk pukul9 malam aku dah menggelibas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Asyik fikir nurse kata kalau kurang kemungkinan terbelit tali pusat. Ya Allah.. Aku sangat-sangat risau ketika itu.

Ku suarakan kerisauan pada Hubby. Dia termenung. Tiba-tiba dia bangun dan ajak aku pergi Hospital. So tak ada lengah-lengah dah. Terus aku setuju. Ini soal nyawa permata hati kami. Takkan la aku nak lengah-lengahkan kan?kan?kan?

So sampai Hospital Sultan Ismail aku terus diarahkan pergi ke Bilik Saringan. Bilik Saringan??? Apa tempat tu. Ok time to tawakal. Aku diarahkan berbaring untuk Dr periksa jantung baby. Bukan jantung baby yang berdetak kencang aku rasa time ni. Ibu dia yang sangat nervous.

Tapi Alhamdulillah setelah diperiksa jantung baby normal. Ini reportnya...


Hampir menitis air mata mendengar bunyi jantung baby yang laju itu. Lepas tu aku discan seperti biasa. Ku lihat pula jantung baby berdetak. Alhamdulillah... Dr. kata maybe aku terlalu penat, stress or pressure. Uit??? Rasa penat tu betul kot. Stress tu insyaAllah tak.

Pengalaman ni memang tak dapat aku dan Hubby lupakan. Dan yang paling menarik kerana kejadian ini. Aku telah register nama di Hospital Sultan Ismail. InsyaAllah takkan kelam-kabut cari wad bersalin lepas ni. Sebab dah pernah pergi ke bilik saringan tu.

Haaaa...lupa nak cerita. Dalam bilik saringan tu kebanyakkannya para-para ibu yang telah 'buka jalan'. Fuhhh...Pengalaman dengar keluh-kesah sakit mereka. Moga mereka juga selamat melahirkan dan baby mereka sihat. Amin...

::semoga aku dan Baby Que selamat ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)