<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 17 July 2012

Check Up 28weeks.


Assalamualaikum semua. Wah sopan kan ibu-2-be kali ni? Actually aku memang sopan orangnya. Berbudi-bahasa, lemah-lembut dan semualah. Tiadaku sangka bola-bola api...lalalalala... Eh ternyanyi lagi paling comel pula. Hahaha... Ok yang atas ni 90% mengarut. yang betul cuma aku bagi salam saja, yang selebihnya aku mengarut. Asal tak mencarut tak apa kan?kan?kan?

Ke korang yang dah mencarut?? Hey!!Hey!!! Apa yang budak ibu-2-be ni mengarut ni??? Haaa?? Nak kena lempang?? Wah...ganas korang nak lempang-lempang aku. Ingat muka aku ni apa??? Ok.. Sambung mengarutlah pula... Wacha!!!


Berbalik kepada cerita sebenar yang aku nak cerita kat korang. Actually pagi ni aku ada check-up. As ibu yang sedang mengandungi baby, haruslah aku dicheck-up oleh nurse atau Doktor. So hari ni merupakan kali ke berapa entah aku pergi ke klinik kesihatan Ulu Tiram untuk dicheck-check mana yang patut. 

Dekat rumah punyalah terfikir. "Besarnya perut aku ni"

Besoooonye perut!!!

Bila sampai klinik. Hambik!!! Perut ibu-ibu yang ada kat situ lagi besar. Ok aku kalah. lalalala...Mula-mula ambil nombor dekat kaunter dengan muka senyum. Sekali tengok 8067. Mak aih!!! Banyaknya. Ok tak apa, aku redha. Lagipun selepas aku disahkan diabetes, aku akan dicheck oleh Doktor. So taklah selambat aku nak tunggu kena check dengan nurse. Ramai wooo...

Tunggu punya tunggu, sampailah giliran aku untuk berjumpa nurse yang bertanggungjawab check tekanan darah dan urine. Alhamdulillah kedua-duanya ok.

Ok next, kena check HB. dukacita dimaklumkan HB aku turunlah pula. Hadoi!!! Why baby?? Why??? Actually, padanlah dengan muka aku. Herbalife dah beberapa hari skip. kononnya sangat sibuk dan tak sempat. Kopi dan teh bedal dengan penuh nikmat. So nak nangis sebab HB turun??? nak??? Salah sendiri, jadi mulai saat ini aku akan berusaha menaikkannya semula. Chaiyok!!!

Ok next, pergi ke bilik 2, jumpa dengan Doktor. Doktor yang main scan-scan perut aku ahad lepas. Aku dapat tau Placenta a.k.a uri telahpun  naik. Dulu aku disahkan Low lying placenta oleh Doktor. Masa tu usia kehamilan aku 14weeks. Sangat-sangat-sangat risau time tu. Korang boleh baca kat SINI tentang Low lying placenta ni. So bila Doktor kata Uri dah naik. Terus mengucap syukur sangat-sangat. Alhamdulillah!!! Semoga aku dapat bersalin normal. Amin...

Lepas jumpa Doktor, dibilik yang sama juga aku telah diajarkan mengira pergerakan bayi dalam kandungan. Wah excited.

Carta pergerakan bayi

Tapi yang tak best bila nurse cakap "Kalau baby tak bergerak 10kali dalam masa yang ditetapkan terus pergi ke Hospital ya. Sebab takut baby terbelit tali pusat." Terus rasa nak pengsan. Oooo... Ada kes camtu eh??? Takutnya!! Ok fikir positif.

Lepas dah mendapat tau benda tak best tu aku telah diarahkan pergi ke bilik 14 untuk dapatkan injection kancing gigi @ ATT (Anti Tetanus Toxoid). Terus lemah lutut.


Uwaaaaaaaaaa.... Sebab dah pernah sekali hari tu. Sangat-sangat-sangat sakit. 2, 3 hari tangan lenguh. Tapi dah jadi lumrah. Injection ni Doktor kata kena ambil untuk mengelakkan kancing gigi sewaktu melahirkan. Ok kena redha. Demi Baby Que ku hulurkan jua tangan ini. Nah!!! Cucuklah nurse!!! Kepada siapa-siapa yang belum tahu, untuk 1st baby korang akan di inject 2kali ya.

:: Lenguh-lenguh tangan pon taip entry panjang-panjang...haish!! ::





No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)