<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 16 July 2012

Burfday Ulat Gendon ???

Selamat pagi isnin semua!!! Semoga ceria hendaknya. Wah! Dah ber'weekend' selama 2hari. Malaslah tu nak pergi kerja!!! Jangan!!! Kena semangat... Macam aku... zzzzZZZZZ

Hari ni 16hb Julai 2012, merupakan Hari Lahir anak saudaraku si ULAT GENDON a.k.a Wani. So Happy Burfday, Wani!!! Oleh kerana hari ni jatuh hari isnin makanya semalam kami sekeluarga telahpun menyambutnya di... Taraaaaaaaaaaaaaaaa...

Kami pergi di branch JB Burger Bakar Impian Emas. Pergi dalam pukul 9malam. Lambat sikit almaklumlah semalam juga merupakan hari dimana aku terpaksa berulang alik ke klinik untuk check BSP seperti biasa. Hai la diabetis kenapalah datang kat aku??? Tapi tak apa. Semalam serious seronok sangat-sangat-sangat. Superb!!! Sebab semalam tak pasal-pasal masa aku check darah tu Dr. ada. Bila ditanya "U nak scan baby???" aku pon jawablah NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!! Oleh kerana aku seorang saja masa tu. macam-macam info tentang baby Que yang aku dapat. Baby Que sekarang dah 1.44kg. Dr. kata berat tu normal untuk Baby 7bulan. Ah..lega!!! Alhamdulillah...

Ok berbalik kepada cerita Burfday si GEN tu. Nah inilah photo-photo yang berjaya dirakam oleh Hset aku. Maaf ya kalau ada pic yang tergoyang. Almaklumlah Hset murah... Hihihi...



Ok inilah GEN yang dimaksudkan. Dah BESOOO dah niece aku.


 Inilah insan yang bertanggungjawab memBELANJA kami semalam. Thanks Emak!!!










Inilah photo-photo sekitar majlis. Majlis??? Majlis sangat!!! Hahaha... Muka excited, penat, lapar semua adalah. Nasib tak habis lagi burger bakarnya. Ada 3kereta tu datang lambat, balik macam tu saja bila diberitahu burger bakar dah sold out. Alaaa... Keciannya! So nasihat aku pada semua yang nak makan burger bakar ni kenalah datang awal. Kalau tak jangan tanya kenapa kalau korang pulang dengan hati yang hampa. Terus nyanyi lagu To'ki. Dimalam yang sunyi... Sepi menyendiri... lalalalala...

Untuk lebih info pasal Jb Burger Bakar ni korang bolehlah like FB dia sendiri. Tu pon kalau korang ada FB lah. AKu kompom korang ada punya FB. Takkanlah tak ada kan?kan?kan?

:: Semoga kami sekeluarga akan terus happy... ;) ::


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)