<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday, 13 September 2011

Stress sey...

Alahai. Tiba-tiba stress. Dari semalam rasa macam ni. Sejak fikir sesuatu. Sesuatu yang cukup untuk memeningkan kepalaku. Aduhai!!! Macam sesumthing yang sangat dasyat ni. hehehe....Actually, aku tengah pening memikirkan pasal tudung nikah saja.Banyak sangat design yang cantik-cantik sekarang ni..Susah buat pilihan.

Tudung nikah??? Haa...Ye la tudung untuk majlis nikah. Buat sesiapa yang tak tahu bulan November nanti aku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati. *ayat poyo...hehehe*

Actually, sebelum ni tak pernah nak bercerita pasal tema la, baju la, doorgift la...apa-apa saja yang berkaitan dengan majlis tersebut. Bukan apa, tempoh transit ni sangat banyak menduga fizikal dan mental. Rasanya bukan aku sahaja yang merasakan benda-benda ni semua. semua yang bergelar tunangan orang juga pernah merasakan. Haaai...malas la nak story... Kamu semua kalau nak rasa bertunanglah ye. Setiap orang mungkin akan terima dugaan bertunang ni cuma dalam bentuk yang berbeza. Jadi bersedialah!

Bila orang tanya saja soalan-soalan yang cepu perak mula dahi berpeluh. Antara soalan-soalan favourite saudara-mara dan sahabat handai. " Bila tarikh majlis besarnya?", " Tema colour apa?", bla...bla....bla... Waaaa...time soalan bertubi-tubi menyerang aku rasa macam nak pura-pura pengsan. Maaflah. Bukan tak mahu menjawab soalan atau terlalu berahsia. Sebenarnya aku cuma tak mahu jadi over confident. Doa-doa sajalah majlis kami November ini berjalan lancar. Mengenai soalan 'bila date'nya tu, aku akan jawab sejurus kad jemputan perkahwinan kami siap dicetak kelak. Masa tu aku siap invite semua. Don't Worry!

Hm...Berbalik kepada masalah yang men'stress'kan kepala aku iaitu design tudung nikah. Puas aku meng'google' design-design tudung ni. Hasilnya, aku pening kerana terlalu banyak design yang aku berkenan. Aduhai!!! Kalau la budget kahwin aku sama macam Siti Nurhaliza dengan Dato' K kan best!! Ok kembali kealam yang nyata iaitu aku bukanlah sesiapa-siapa. *wink*



Ni pic masa aku dan Incik Kudut bertunang hari tu. Aku pkai tudung biasa saja. Yang ada Awning keras tu. Masa tu memang kelam-kabut sikit. Jumpa tudung ni kat area Masjid India terus beli. Harga dia terus-terang aku cakap cuma RM15 saja. Save kan? Tak mahu berhabis sangat sebab masa ni bertunang sahaja pon.

Tapi untuk majlis nikah nanti kalau boleh aku nak tudung yang tak ada awning macam masa bertunang. Aku bukan apa, fikirkan Incik Kudut ku time upacara pembatalan air sembahyang nanti. Berapa panjang lah muncung dia, masa nak kucup dahi aku. Kesian dia! Kronik tak masalah yang aku fikirkan?hehehe....

Dibawah ni pula antara design-design tudung yang dah berkenan dihati *aku curik kat google...thanks Uncle Google..hehehe* tapi tak tahu mana nak tempah orang jahitkan. Nak beli terus macamana nak dapat yang tak ada awning keras kan?kan?kan? Ha...Ni la masalah kalau terlalu cerewet...Padan Muka!


No 1

No2

No3

No4

Cantik kan? Tak tahu mana satu yang aku nak tempah, itu satu hal. Tak tahu nak tempah kat siapa, tu lagi la pening. Hm...Lagi 2bulan lebih saja ni. Tak apa lama lagi kan?kan?kan? *sedapkan hati*

Kalau korang yang budiman lagi baik hati, yang terbaca entry aku yang jiwa kacau ni dan sudi tolong. emailkanlah link-link yang membolehkan aku berurusniaga dengan sesiapa yang menerima tempahan tudung untuk majlis aku ni ye. Didahului dengan ucapan thanks sangat-sangat. Whatever pon, doakan majlis ku berjalan lancar serta aku dan Incik Kudut selamat di ijabkabulkan kelak...amin.~~





Monday, 12 September 2011

Beraya bersama TCSJB pula!

Haish...Tak habis-habis pasal raya. Eh...Ye lah. Puasa kan sebulan, makanye Raya juga sebulan lah kan??? *macam lah cukup puasa sebulan...hihihi..*

Ini kali pula kisah beraya bersama geng-geng TCSJB. Geng-geng dari sekolah sampai lah sekarang. Gaduh, baik, bertumbuk, bergurau dan lain-lain lagi lah kami tetap bersama. Masuk tahun ni dah hampir 10tahun kami berkawan. Alhamdulillah!!!

Bermula dari rumah Ollyn's. Tapi masa ni aku bersama Incik Kudut di Senai Airport coz menguruskan budak-budak Nepal yang ingin pulang ke negara masing-masing. Rugi tak dapat makan soto yang lazat kat umah Ollyn's. Tapi tak apalah. Maybe boleh repeat tahun depan..hehehe..

Oleh kerana aku dan Incik Kudut merupakan 'bidan terjun'. Jadi kami tak memakai baju raya.. Tapi tak mengapa, aku pakai baju sopan juga la.hehehe...

Di rumah Kak Z...






Selepas itu kami ke rumah Aeycha.....





Ok nak cerita sikit. Masa kat rumah Aeycha ni kami semua seronok menyental kuih-raya serta kerepek-kerepek yang ada. Aku siap mintak refill kot. Peh...best!hehehe....

Di rumah Arel....








 



Masa kat rumah Arel pula, aku dan Incik Kudut ku banyak melayan bapa Arel bercerita diluar rumah. Sebenarnya ada insiden yang berlaku tapi tak mengapalah. Benda dah lepas. Tapi serious aku tak akan percaya pada seseorang kawan itu lagi. Cukup setakat ini. Thanks kawan..;)

Ops lupa pula, di rumah Arel kami dihidangkan dengan roti cecah kari...yummi...sedap!!!

Di rumah A'ai.....





Rumah A'ai ni nyaris-nyaris aku tak jejakkan kaki. Ini semua kerana seseorang. Setelah dipujuk-rayu Incik Kudut aku setuju pergi rumah A'ai ni. Haish...Alhamdulillah!!! Dapat juga kami makan masakan mak A'ai...Sedap wooo...

Last sekali rumah sendiri....



Ni kena bebel ngan kak Z ke apa?? Tak lah! Actually, kami sedang berborak 0...Kak Z sayang aku...mana boleh marah-marah. kan Kak Z??hehehe...

Ok tamat sudah sesi beraya untuk hari tersebut. Makanya, kami pon bergambar sakan lah apa lagi....






Kepada semua kawan-kawan, kalau nak pergi beraya calling-calling aku lagi tau. Akan aku usahakan untuk menghadirinya. Makan punya pasal, Ok sokmo...ngeh3...


Lastly, Thanks semua coz sudi beraya di pondok burukku. Nanti pergi raya lagi tau. Masih dalam mood berhari raya...Raya! Raya! Raya!


Saturday, 10 September 2011

Hampir-hampir basi dibuatnya!

Raya dah yang keberapa hari dah, tapi aku masih tak menyempat nak upload gambar-gambar raya...Wah, busy nye makcik!!! Ini lah akibatnya kalau cuti panjang, naik kerja saja hamek kau!! Meja dah macam tempat kucing beranak... Bersepah-ranah *Eh ada eh word tu?hehehe*

Memandangkan Anak bulan pon dah nak pandai berjalan dah so korang-korang semua layan saja lah gambar-gambar raya aku ni...huhuhuhu...

Haaaa...Tahun ini kami memakai baju hijau sepasang ala-ala pengantin baru Uols!!Huh!! Gewdiks~~ hehehe.. Sebenarnya ini plan dari encik Kudut saya. Kebetulan masa bershopping-shoppingan, ternampak baju ni sepasang...Terus tangkap lentok!!



Ok. kepada sesiapa yang sudah terasa loya, bolehlah berlari menuju toilet sekarang...hehehe... Gambar-gambar atas ni saja-saja mengisi masa lapang. Tiba-tiba teringat masa photoshot pre-wedding. Rindunya time tu. Encik Kudut, jom pre-wedding lagi!!! Ok enough! Mengarut saja.


Setelah menge'check' gambar-gambar raya aku tahun ni baru aku perasan, kenapa tak ada gambar 1 family?? Pelik bin ajaib. Busy sangat bermaaf-maafan hinggakan terlupa tentang kewujudan camera. Tak apalah jika dipanjangkan umur tahun depan bolehlah repeat balik.. hehehe..

Jom tambah kepelikan... Ada ke orang beraya ke Zoo? Jawapannya ada. Kerana kami begitu teruja pergi bertandang ke Zoo Johor pada hari raya kedua.huhuhu...








Pelik kan? Kami cuma kasihan dengan hidupan-hidupan di Zoo itu. Sama seperti kita, mereka juga makhluk Allah yang berhak diberi layanan sempurna seperti manusia. Jadi, sayangilah haiwan-haiwan yang ada disekeliling kita. (^,^)



Okay, time to Balik kampung..Ooooo...Balik kampung...Oooo... Balik Muar... Disebelah bondaku itu adalah Abangku yang bermastautin di Taiping. Makanya, hari kami pulang ke kampung...dia dan keluarganya juga bertolak balik ke Taiping. Bye Abang!! I'm gonna miss U...Eeeee...Over!!


Ini pula gambar-gambar masa kami buat surprise burfday party secara kecil-kecilan dirumah. Masa ni Zana and family dia datang beraya ke rumah. Tiba-tiba...."Surprise!!!" Wah terkejut beruk itu makcik. Nasib baik tak terberanak terus. Tahan Zana, tahan...



Inilah family dia. Husband dia sangat-sangat sporting. Best!! Hope 1 hari nanti bila encik Kudut dah jadi suamiku yang sah. Dia juga akan sporting macam ni dan yang paling penting boleh membimbing aku menjadi isteri solehah...amin~



Selesai sudah party kecil-kecilan Zana Rudien. Kami pun pergi beraya bersama-sama. Serious aku malas nak bercerita lagi. Korang-korang layan saja lah gambar-gambar ini. Biarkan gambar bercerita.









Raya!! Raya!! Raya!! Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan batin kepada semua... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...Semoga syawal membawa seribu keberkatan buat kita semua....amin~~