<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 27 February 2012

Baby pere-perepuan or lelaki erk?

Berhabuk!!! Bersawang!!! Berbulu mata memandang blog yang kadang-kadang sahaja dapat diselenggarakan dengan baik. Wah!!! Diselenggarakan tau. Jangan jealous. Menyampah kan??? kan??? kan??? Jangan kata korang menyampah tengok blog yang tak rajin diupdate ni. Aku pon rasa nak lepuk muka sendiri. Boleh gitu?

Nak story ni, Khamis dan jumaat minggu lepas aku start ambil annual leave aku. Jadinya dapatlah aku berjimba kat rumah bersendirian bersama anak-anak meow yang dah mula nakal tu. Cuti 4hari tu memang aku sengaja ambil untuk merehatkan minda dan organ-organ yang dah lama diabaikan ni. Tambahan pula aku kini sedang 'mabuk' cinta. Mual, pening, muntah memang dah jadi kehidupanku kini. Sekarang ni lagi extreme. Makan saja mesti muntah-muntah. Ya Allah!!! Tuhan saja tau macamana rasanya. Tapi aku bersyukur kerana dapat pengalaman ni semua. Alhamdulillah!!! Orang kata inilah nikmat pembawakan budak. Oh nikmatnya!!! Serious suka!

Gila tak suka?? Kalau everyday korang dilayan ala-ala princess duduk dalam castle. *inilah pengaruh tengok cartoon barbie sabtu lepas...hehehe* Hey!!! Best tau. Everyday Incik Hubby akan ikut apa yang tekak aku rasa nak makan. Tatkala kepalaku ini berputar-putar seperti gasing. Incik Hubby datang sebagai Hero untuk memicit kepalaku. Oh indahnya dunia!!! Hahaha... Silalah jealous sekarang. Kepada yang belum kahwin, pergi ajak BF or GF or tunang korang untuk kahwin sekarang juga! Kepada sesiapa yang sudah pun berkahwin, sila-silalah bermanja dengan pasangan anda sekarang. Hehehe...

Oh ya. Semalam dapat tahu cousin Incik Hubby telah selamat melahirkan baby gurl. Wah!!! Kami pon sangat-sangat excited untuk pulang ke kampung halaman Incik Hubby march ni.

*Gambar baby cousin Incik Hubby ini telahpun dicuri dari album fb adik Incik Hubby. Lalala*

Comel sangat!!! Sangat!!! Sangat!!! menjadikan aku dan Incik Hubby tak keruan. Cewah!!! Ini yang makin excited nak cari nama untuk baby Ibu dalam perut ni. Baru 8weeks tak tahu lagi lelaki atau perempuan. Tiba-tiba teringat, sabtu lepas aku dan kakak buat majlis kecil-kecil untuk sambut Anniversary Abah dan Emak yang ke 42tahun. So berkumpullah kami adik beradik. Ditambah pula makcik-makcik ku yang datang lambat sikit. Happening dan aku macam biasa la. Pening teramat. Tapi tahan. Tak mahu buat spoilt majlis. Itu yang best, yang tak bestnya Abang ngah dan Abang Uda ku sekeluarga tak dapat balik. Tak apalah kami faham. Semua pun jauh-jauh. Hope nanti next time bolehlah mereka joint.

Eh!!! Bukan itu yang mahu diceritakan, tapi ini...

Aku berbual dengan Aby iaitu seorang dari anak Kakak aku yang kembar tu. 
Aku : Aby, dalam perut Acik ni baby perempuan ke lelaki???
Aby : *dengan muka serious memandang ke perut* Baby pere-perepuan
Aku : Baby pere-perepuan???
Kakak : Baby perempuan la. Aby tu kan pelat.*sambil gelak-gelak*
Aby : *jeling dan terus berlalu*
Hahaha. Marah bila kita tak faham apa dia cakap. Ewah!!! Tapi comel saja. Pere-perepuan. Aby...Aby... Hahaha....

*Eh korang... Kalau ada nama yang best-best sekali pakej dengan makna yang hebat-hebat boleh la suggest kat aku. Saja nak manja-manja ngan korang. Tak apa kan?kan?kan? Hehehe....*

3 comments:

  1. lelaki :: adam omara..
    perempuan :: puteri alesya..

    ReplyDelete
  2. actually spelling nye alisha, maksudnye di lindungi tuhan..
    khalishah pon best, maksud die murni..

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)