<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday, 12 June 2012

sweet!!!


:: (^,^) ::

Ni pasal makan ke pasal kampung halaman?

Wah!!! Telah lama blog a.k.a Diary ku ini tidak diupdate. Semuanya adalah kerana masa yang sangat mencemburui aku. Cewah!!! Mana taknya jumaat lepas aku dan Incik Hubby bertolak balik ke kampung halaman. Wuhuuuu...Seronok!!! Dah lama tak balik tengok MIL dan FIL. Dah lama tak bau getah dari kilang berhampiran rumah. Dah lama tak jumpa Mel!!! Serious dah mula rindu sangat-sangat.

Dan menambahkan ke'best'annya, SIL aku yang cantik bergaya telah membelikan aku... Taraaaaaaaa....


Yummi!!! Dah lama sangat-sangat-sangat nak makan cupcake wondermilk. Terbayang-bayang saja. Last-last dapat juga makan. Thank SIL!!! muah..muah..muah..cium pipi sampai berlendir.

Sampai rumah MIL & FIL makan pula sup tulang merah yang diorder dari Maktok. Tq mami & maktok!!! Sup tu sangat-sangat-sangat superb!!!  Nasib baik keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk melantak secukup-cukupnya. Fuhhh....

*Curi gambar ni dari FB mami*

Sambil menaip sambil mengesat air liur tengok gambar-ganbar diatas. sruuutsruut... hahaha... Sedap sangat! So kepada sesiapa yang ada kat area JB bolehlah order kat SINI. Wah promote!!! hahaha... 

Thursday, 7 June 2012

Wednesday, 6 June 2012

Wordless Wednesday

Dah mengadu-domba pagi tadi barulah sekarang nak buat Wordless Wednesday(WW) kan?kan?kan? Hahaha... Ah Tak peduli. Mau juga...



:: (~,^) ::

HB rendah + Berat badan naik mendadak = Syabas !

Hai la rabu... Sepatutnya hari ni nak wat Wordless Wednesday (WW) saja. Tapi serious, selepas pergi check up semalam banyak pula nak cerita. Sebenarnya aku sangat...

Sedih + Risau + Nervous + blablablabla

Mana tak nya. Semalam check Hemoglobin (HB) boleh pula semakin rendah. Iron tablet dah berguni kot aku makan. Masa nurse bagitau HB aku rendah terus rasa macam 'ARGHHHHHHHHHHHHHH' Why baby why???? Dah la nurse bagitau siap dengan ceramah di pagi hari. Ni kira macam pakej la. Yang membuatkan aku bertambah risau bila nurse kata BOLEH LAHIRKAN ANAK PRA-MATANG!!! Takuuuuut!!! Rasa nak nangis kuat-kuat time tu. srot..srot..srot... 

Malam tadi terus post status kat FB, minta kawan-kawan share kalau-kalau mereka ada cara naikkan HB. Terus dapat tahu rupa-rupanya Iron tablet kena makan SEBELUM makan!!! Diulangi SEBELUM... Yang aku selamba makan selepas makan. Haiya!!!


Belum habis lagi, lepas nurse check hb tu tengok pula berat badan. ADOI!!! Tepuk dahi aku dibuatnya. Naik 4kg dengan mendadak. Nurse buat muka risau, aku pon tanyalah "Teruk sangat ke kak???" Nurse tu masih dengan muka risau suruh aku baring. Dia nak check perut. Katanya takut baby besar. Hati aku tuhan saja yang tahu. Check punya check alhamdulillah baby normal. Nurse kata tak besar pun. Lepas tu nurse tanya "Nak dengar degup jantung baby???" Walaweeeeeh!!! Confirmlah nak!!! Bila dengar saja, airmata bagai ingin mengalir tapi cepat-cepat ku seka. Wow!!!Ayat novel terus keluar Uols!!!hahaha... Alhamdulillah aku dapat mendengar degupan jantung Baby Que. Laju sangat-sangat!!! Aku tanya nurse, tapi nurse kata normal. ;)

Nurse pandang muka aku dan slow saja dia tanya "awak ada kencing manis?" Tersentap mak noq!!! "Tak ada pula, kak" aku menjawab serious. Dan hasilnya jumaat ni aku kena menjalani ujian kencing manis. Syabas Ita!!! Padan muka aku sebab tak jaga makan. Semua yang nampak sedap, sental!!! Nasib baik baby tak besar. Muka aku time nurse kata kena check kencing manis jumaat ni terus jadi macam tempe! Ok tak apa. Fikir positive, baru suspect kan?kan?kan? belum confirm!!! lalala... Positivenya aku. hehehe... 

:: So doakan aku tak memiliki penyakit itu ya awak-awak-awak semua ::


Monday, 4 June 2012

Aeycha & Paan

Pagi yang ceria datang menjengah. Woh!!! Nape sabtu dan ahad cepat sangat berlalu erk?? Why?? Why bebeh??? Hehehe... hari ni buka saja FB. Weeeewit!!! Semua bercerita pasal Wedding of The Year. Siapa lagi kalau bukan kisah Aeycha dan Paan. Mau tak Wedding of The Year Uols dah 10tahun diorang couple. And finally berakhir dijinjang pelamin. Congratz Aeycha & Paan!!! Hope korang bahagia hingga ke akhir hayat.

*curi dari Cae..lalalala*

Suka tengok gambar ni. Encik Paan bukan main senyum meleret!!! Sukalah tu. Tapi aku nak korang fokus kat hidung Aeycha. Ooooo...nanges erk??? Hehehe. Terus terimbas detik-detik aku dan Hubby disatukan. Nasib baik mke up kalau tak fikir make up mau 3hari 3malam tak habis melalak. Hahaha... Ok aku tipu! Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru Aeycha dan Paan.

:: Terkenang dimasa lalu...lalalalalala ::

Friday, 1 June 2012

Celoteh pagi jumaat.

Hari jumaat tiba lagi. Wah!!! Terasa ceria dipagi hari. Mana tak nya, pagi ni bersarapan dengan pavlova. nyum...nyum...nyum... Tapi still lapar lagi. Hamboi!!! Baby Que ni banyak mamam la. Tak apa. As long as, Baby Ibu dan Abah sihat. Ibu ok saja.

So kalau dah tahu hari ni hari jumaat, kepada kaum muslimin dan muslimat semua khususnya kaum lelaki. Jangan buat-buat lupa ya untuk menunaikan solat jumaat!!! Kalau BUAT-BUAT lupa nanti aku sebat buntut. hehehe...

So dah celoteh boleh kurang panjangnya diatas. Saja nak suruh awak-awak-awak semua layan gambar budak-budak kecil ni... Lalala... Selamat Hari Jumaat Semua!!!!




:: Abang dan Ebi memang pantang tengok camera ::