<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Saturday, 8 October 2011

Wedding Guestbook.

Hm... Dari aku boring tak tentu hala. Ok juga kalau add entry pasal Wedding Guestbook. Actually, pada pendapat korang lah kan. Guestbook time korang kahwin nanti penting tak?? Ke kalau tak ada tak apa??

Ceritanya macam ni, sebelum ni aku tak pernah terfikir pasal guestbook-guestbook ni semua. *Eeee...nampak sangat kuno kan??* Tapi baru-baru ni aku ada attend 1 wedding ni. Budak ex-TCSJB juga la. Then masa aku datang tu majlis sangat tenang dan nyaman. Maybe terlalu awal kot. Sebab time tu baru pukul 11 lebih. Sangat cepat kan aku datang. Macam tak sabar nak makan nasi minyak gitu. Actually, pada hari yang sama aku ada 2 invitation and yang best 2-2 tu adalah ex-TCSJB. Macam berjanji kan?? Dah la tu rumah pun boleh dikatakan dekat-dekat. Tu yang aku sampai awal sangat tu. Nak rushing tempat lain.

Dekat rumah pertama aku pergi. Alaaaa...yang tenang tu. Ada guestbook tau. Waaa...Aku sangat jakun time tu ok. Tulis panjang-pangjang macam nak buat essay. Hahahaha...Over! Then terus terfikir nak buat juga guestbook juga. Jom kita layan gambar-gambar wedding guestbook dari uncle google ni....







Cantik kan? Creative kan? Suka kan? Rasa nak pengsan kan? Hahahaha.... Aku sangat-sangat rasa nak buat. Tapi kan?kan?kan? Hm....

Masa aku pergi rumah kedua suasana sangat berlainan. Ya Allah ramainya jemputan yang datang. Terus buat aku 2 3 kali fikir pasal guestbook ni. Nak letak mana? Siapa yang nak jaga? Haish!!! nampak macam simple kan? Actually aku kahwin di rumah bukan di dewan. So tu yang buat aku rasa macam perlu ke tak ek? Ikut hati sangaaaaaat mahu!!! Hm...yang ni kena fikir dulu.

:: Sambung Fikir (-______-')::

Update Checklist

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Oleh kerana aku sangatlah malas nak buat apa-apa kerja. Makanya, jom update checklist untuk pang pang kopang tu. Saja, dah nak dekat ni gedik untuk memeningkan kepala sampai bertubi-tubi. Tak mampu menepis dan menapisnya. Hehehe....

Perkara-perkara yang sedia untuk kurangkan stress aku (^,~) :
  1. Baju nikah P - dah tempah kat Andak . insyaAllah 15 Oktober ni siap. bestnya!!! Bersamaan dengan burfday aku! Yeaaaay....Andak ni mengandam juga. Hasil andaman dia kelaaaas!!!Serious!!
  2. Baju nikah L - Tailor biasa saja. Oktober ni juga siap. ;)
  3. Tudung nikah - :: masih tercari-cari yang sesuai:: ;(
  4. Baju sanding, Baju malam berinai & Baju gown  - Rose Bridal House ( Nasib baik ada saudara yang buka Bridal house. Makanya boleh nego price..hehehe)
  5. Pelamin, Bilik tidur & Set meja makan pengantin - Rose Bridal House juga.;)
  6. Make Up nikah, malam berinai & sanding - Rose Bridal House juga ;)
  7. Wedding Cake - dah order kat Suhaila Fadzilah. Design dia nice sangat. Teruja!!! Harga pun Alhamdulillah...;)
  8. PhotoG - Qaseh Photographix. Kak Wani sangat-sangat best OKK!!
  9. Canopy - :: Mak & abah settlekan::
  10. Makanan - :: Mak & abah settlekan::
  11. Makan Berdamai punya makanan - Thanks Kakak. ;)
  12. Hantaran - 50% dah siap. Tinggal tunggu Kak Ngah gubahkan hantaran tu. Jimat sikit. Thanks Kak Ngah. ;)
  13. Doorgift untuk tetamu- Yang ni nak terharu sikit sebab doorgift side aku dan Incik Kudut disettlekan oleh Future FIL & MIL ku yang tercinta. So aku tak yah fikir-fikir banyak sangat. Tinggal bayar saja. ;)
  14. Doorgift untuk tetamu dari Family Incik Kudut - Thanks lagi Kak Ngah!!!
  15. Invitation card, paper box & Bunting - Sebelum 15 oktober ni siaplah dicetak oleh Galeri Mentari. ;)
  16. Set bilik tidur baru - Thanks kepada yang sponsor. muah!!!
  17. Pengapit - Antara BFF-BFF aku yang free and sudi...;)
  18. Setem - :: Belum Beli!!!Huh!!!::
  19. Honeymoon - Dah booking flight ticket utk ke .... Thanks sayang!!! *even pergi 3couples..huhuhu*
Haaaaaaa....bila dah list macam ni. Terasa macam banyak sebenarnya yang kena fikir. So kepada B2B lain. Silalah plan and booking apa-apa yang patut awal-awal. Jangan jadi macam aku dan Incik Kudut. Semua nak last minute. Apa-apa pun doakan majlis kami berjalan lancar. Oh Yeaaa.... Sebelum terlupa dan kena marah lagi dengan kawan-kawan. Aku nak bagitau benda penting ni. Majlis besar aku akan diadakan pada...

:: 20.11.2011 ::
Side aku.

:: 27.11.2011 ::
Side Incik Kudut

Please save the date!!!!

Oh Penat...

Hari ni seawal 4pagi aku dah bangun, temankan Incik Kudut tengok bola di kedai mamak. England lawan mana entah. Tak ambil port pon sebab busy main game dan layan mata yang mengantuk. Mahu tak mengantuk. Kalau malam tadi tidur pukul11 bangun pukul4. Berapa jam sajalah waktu tidurku.

Semalam waktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Incik Kudut telah membodek aku dengan menyogok Apple Pie and Milk Shake. Hamboi!!! Mentang-mentang nak ajak aku teman dia tengok bola. Hehehe... Macamanalah tak berkembang dengan pesat badan aku ni. makan, makan, makan, dan asyiiiiiik makan. Haiya!! Tak boleh kata apa. Senyum sajalah.... (^,^)

Actually, bukan tengok bola saja. Pagi tadi Incik Kudut bertanggungjawab meng'arrange'kan seorang budak vietnam untuk pulang ke kampung halaman dia. Perempuan nok!!! Haruslah aku ikot. Hehehe... Bukan tak percaya tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Boleh gitu?? Lagipun Incik Kudut yang suruh ikut. Makanya, aku berbesar hatilah menahan biji mata ni dari tidur. Keranamu Incik!!!



Bukan main tekun Incik Kudutku meng'explain', mudah-mudahan budak vietnam tu fahamlah apa yang dia explain. Almaklumlah mereka ni ada masalah bahasa sikit. English dan Malay sikit-sikit saja mereka tahu. Tu lah kadang-kadang kecian bila dengar Incik Kudut cerita mereka ni kena marah ngan leader sebab tak faham. Maaflah kalau aku cakap kadang-kadang melayu kita pun tak faham bahasa. Dah tau budak tu budak vietnam,explainlah baik. Ini tak, nak marah-marah juga...kecian...Ish...Ish...Ish....Meh aku suruh budak vietnam tu explain kat kau dalam bahasa vietnam, kau paham ke tak!!!

Hye Incik!!! *gedik*

Dan yang paling best adalah aku kerja hari ni. Hey!!! Kenapa dalam banyak-banyak minggu aku kena kerja minggu ni???Why?? Sebab next week aku nak pergi cuti-cuti Malaysia. Apa macam?? Mau ikut?? Jom!!! Hehehe....

Friday, 7 October 2011

Jumaat yang indah.

Jumaat yang dinanti-nantikan telah pun muncul. Wah!!! Terasa segar yang amat. Walaupun pagi tadi kepala agak berat dan pusing akibat tak dapat tidur nyenyak semalam. Mahu taknya, hati ni sangat melompat-lompat dan melonjak-lonjak kerana tiket flight telah pun di booking oleh Incik Kudut semalam. Punyalah excited!!! *jakun sungguh..hehehe*.Datang office dan lihat betapa berlambaknya kerja buat aku rasa nak masuk toilet dan menangis. *macam biasa..;P*

Tapi lepas cerita good news pada BFF ku Naffa. Terus jadi cam ada semangat baru. Oh.. Indahnya hari jumaat!!! Lepas tu pula, aku dah berjaya menemui design cake. Yeeeeaaaaah!!! Gembiranya rasa hati. Simple but nice. Rasa nak berjoget depan pc. Thanks kepada seseorang yang telah men'suggest'kan design itu kepada ku. Sayang kamu!!!

Hari ni boss aku sangat santai. Mana taknya dia request lagu-lagu dari Ziana Zain (ZZ). Minta aku buka di Youtube. Berkerut dahi aku tapi disebabkan dia boss makanya aku pon apa lagi.... Kipaslah. Hehehe... Boss lah katakan. Tak adalah. Actually aku sangat bersyukur dapat boss yang sangat sempoi macam boss aku ni. Berbalik kepada lagu ZZ tadi, Bila dah buka koleksi lagu-lagu kak ZZ kita ni. Baru aku tau rupa-rupanya satu office aku hafal lagu ZZ ni. Macam nak tergelak pun ada. Yang lelaki pun nyanyi dengan kening naik-naik. Kelaaaaas nok! Hahahaha...

Hari jumaat memang hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang kot. Aku tengok semuanya happy saja. Kathy tengah layan apa entah dalam pc dia tu dengan mata kuyu. Hehehe... Comel!!! Yang si Shahir pula sedang buat-buat busy padahal tengah main game angry bird. Boleh gitu?? Yang lain aku pon tak tahu. Kalau dah namanya pon kerja office maka wayang pun kenalah ada. Haruslah kan??!! Hehehe...

Oh... Kalaulah satu hari nanti aku dapat better job and quit dari tempat ni. Mesti aku rindukan mereka semua. Serious mereka memang best. Ajar aku macamana selok-belok logistics ni, gelak sama-sama dan yang paling best gossip sama-sama. Hahaha... Tak boleh handle. ;P

Ni lah budak yang bernama Kathy tu... comel lote saja kan?? Haaaa... single lagi Uols. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh pm I. Hahahaha....

Nak ajak korang layan gambar-gambar officemate aku masa buka puasa pada bulan Ramadhan yang lepas lah. Jom. Layanzzzz....






Baru perasan kat office aku ni ramai jejaka-jejaka lah. Tapi semuanya tak single and tak avaiable OKK!!! Tapi semua sangat sporting. Best! Hope aku dapatlah kerja kat sini sampai aku jadi boss. *hahahaha. berangan*. Oklah nak sambung mengular. Daaaaa....

:: (^,~) ::

Thursday, 6 October 2011

Honeymoon???*speechless*

Serious kali ni aku rasa macam nak pengsan. Ops... Tapi belum pengsan lagi dan mampu memberi sepatah dua kata. Hamboi!!! Ok berbalik pada title aku yang aku sendiri tulis gigil-gigil kat atas tu. Macam tak percaya bila Incik Kudut tercinta sedang mem'booking' tiket flight untuk Honeymoon.

Macam tak percaya!!! Macam tak percaya!!!

Okay actually Incik Kudut dah plan dengan member-member office nya untuk pergi travel sama-sama. Oooo...maknanya bulan honeymoon la ye?? *hampa*

Tapi tak apa sebab Incik Kudut kata honeymoon tunggu lepas kahwin. At least dapat gak pergi travel and tengok negara orang. kan?kan?kan? *sedapkan hati..hehehe*

Whatever pun, Thanks to Incik Kudut ku sebab sudi bawa saya!!!muah~~~<3

*thanks gak to Pakcek google sbb bg gambar ni..hihihii*




Bersyukur

Actually, aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami. Dan yang membuatkan aku bertambah happy apabila aku mempunyai seorang kakak ipar yang sangat memahami. Wah!!! Puji tak ingat dunia tau! Ye lah. Mana taknya, tadi kakak ipar aku meng'offer' untuk menye'sponsor' *eh ada eh word-word ni dalam dictionary?hehehe* coklat doorgift untuk family Incik Kudut yang juga merupakan bakal family ku tak lama lagi. InsyaAllah. Aku pun apa lagi. Daripada muka toya buat kerja. Terus tersenyum girang. Hehehe... Happy!!!


::Thanks Kak Ngah & Abang Ngah::

P/s : Kak Ngah & Abang Ngah, sila diet sekarang juga sebab anda semakin tembam. hehehe~~

Wanita

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

* copy n paste dari status FB Faiz *