<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Saturday 8 October 2011

Oh Penat...

Hari ni seawal 4pagi aku dah bangun, temankan Incik Kudut tengok bola di kedai mamak. England lawan mana entah. Tak ambil port pon sebab busy main game dan layan mata yang mengantuk. Mahu tak mengantuk. Kalau malam tadi tidur pukul11 bangun pukul4. Berapa jam sajalah waktu tidurku.

Semalam waktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Incik Kudut telah membodek aku dengan menyogok Apple Pie and Milk Shake. Hamboi!!! Mentang-mentang nak ajak aku teman dia tengok bola. Hehehe... Macamanalah tak berkembang dengan pesat badan aku ni. makan, makan, makan, dan asyiiiiiik makan. Haiya!! Tak boleh kata apa. Senyum sajalah.... (^,^)

Actually, bukan tengok bola saja. Pagi tadi Incik Kudut bertanggungjawab meng'arrange'kan seorang budak vietnam untuk pulang ke kampung halaman dia. Perempuan nok!!! Haruslah aku ikot. Hehehe... Bukan tak percaya tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Boleh gitu?? Lagipun Incik Kudut yang suruh ikut. Makanya, aku berbesar hatilah menahan biji mata ni dari tidur. Keranamu Incik!!!



Bukan main tekun Incik Kudutku meng'explain', mudah-mudahan budak vietnam tu fahamlah apa yang dia explain. Almaklumlah mereka ni ada masalah bahasa sikit. English dan Malay sikit-sikit saja mereka tahu. Tu lah kadang-kadang kecian bila dengar Incik Kudut cerita mereka ni kena marah ngan leader sebab tak faham. Maaflah kalau aku cakap kadang-kadang melayu kita pun tak faham bahasa. Dah tau budak tu budak vietnam,explainlah baik. Ini tak, nak marah-marah juga...kecian...Ish...Ish...Ish....Meh aku suruh budak vietnam tu explain kat kau dalam bahasa vietnam, kau paham ke tak!!!

Hye Incik!!! *gedik*

Dan yang paling best adalah aku kerja hari ni. Hey!!! Kenapa dalam banyak-banyak minggu aku kena kerja minggu ni???Why?? Sebab next week aku nak pergi cuti-cuti Malaysia. Apa macam?? Mau ikut?? Jom!!! Hehehe....

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)