<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 21 October 2011

Bila kurang di ambil peduli.

Hai kawan-kawan. Selamat berhari jumaat yang indah. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar pagi ni. Marilah kita memanjatkan kesyukuran dengan apa yang kita dah miliki. Jangan asyik meroyan kat twitter or update status kat FB complaint sana, ngadu sini. Jangan asyik mengeluh dengan apa yang ada disekeliling kita, baik kita bersyukur kerana masih ada mereka yang sudi menjadi penyeri hidup kita. Lebih Afdal. kan?kan?kan?

Hari ni badan rasa lemau saja. Dari semalam rasa macam nak demam. Bila kurang dari sebulan nak sampai majlis ni. Mulalah badan rasa tak sedap. Kurang ambil peduli pasal kesihatan, macam nilah jadinya. So, korang-korang kat luar sana tu sila-silalah jaga kesihatan. Aku ni tidur pun dah tak cukup. Mahu tak mahu kena fikir tentang majlis. Oh... Semoga semuanya berjalan lancar. amin...

Buat pengetahuan semua, wedding invitation card belum dipos pun. Sabtu & Ahad ni barulah nak tengok plastik yang berisi kad yang banyak-banyak tu. Almaklumlah, balik kerja dah penat. Serious tak sempat. Mudah-mudahan esok tak ada apa yang akan menghalang aku, Incik Kudut dan family menyelesaikan kad-kad tu semua. amin....

Bismillahirohmanirrohim...
Ya Allah,
semoga majlis Masita dan Hadhrami Farhan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan dan diberkati olehMU. 
Amin.... 



:: Kawan-kawan, korang juga doakan untuk aku juga ya. JazakAllah khair!!! (^,~) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)