<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 27 October 2011

Dugaan...

Hari ni mood aku sedikit merudum kerana adanya jerawat batu yang tumbuh bawah dagu ni. Sangat meluat!!! Huh!!! Mana taknya, tidur dah la tak lena. Makan kacang pula berbakul-bakul. Time buat kerja saja, mulalah mulut ni nak mengunyah. Lepas tu kalau berat badan naik mulalah buat muka seposen. Haish!!! Nak membebel panjang-panjang pun tak guna. Tulah Ita a.k.a diriku sendiri. Lempang muka sendiri. Aiyark!!!

Bercerita pasal dugaan yang menimpa. Mesti rasa stress yang teramat. Betul orang kata makin nak dekat harinya, makin hebat dugaan yang dihadapi. Macam-macam yang kepala ni kena fikir. Lagi kecian dengan emak dan abah. Nak dijadikan cerita, kelmarin kami dapat berita daripada aunty ku. Katanya atuk aku jatuh. Jadi selasa malam tu bertolaklah kami sekeluarga ke Mersing. Incik Kudut juga turut serta. Deepavali semalam kami sambut dengan linangan air mata melihat keadaan atukku yang semakin kurus. Ya Allah, kau sembuhkanlah orang-orang yang aku sayangi. amin....

Stress!!! Stress!!! Stress tersangat dan teramatlah stress!!! Mana taknya, dengan tempoh yang hanya tinggal tak sampai sebulan banyak lagi yang aku kena fikirkan dan settlekan.Tapi aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk mengadu, bercerita, bersandar dan yang paling penting memahami diriku dan keluarga. Thanks Incik Kudut. I Love You!!! Emak dan abah serta adik-beradik yang lain pun banyak nasihatkan aku agar bersabar atas dugaan yang menimpa. Thanks semua!!!

Doa dari kalian amat-amatlah dihargai. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar. amin....


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)