<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 25 October 2011

Weekend yang busy!

Wah! Bersawang sana, berhabuk sini. Apa ni? Apa ni? Nilah effect dari ke'busy'an aku sepanjang weekend ni. Langsung tak ada masa nak menconteng diary kesayangan ni. Serious!!! Sangat letih. Kepala mula ligat fikir apa yang belum settle, apa yang nak kena settle, siapa lagi yang nak kena jumpa, bla...bla...bla...

Minta maaf juga pada wedding kawan-kawan yang aku tak dapat attend. Silalah marah aku sekarang!!! Silalah cakap " Ita, nanti wedding kau tak ada siapa-siapa datang baru kau tahu!!!" Silalah...Silalah... Dan aku akan merayu minta korang ganti tempat aku dan rasakan pula apa yang aku rasa. Tekanan!!! Ok. Relax.. Chill bebeh!!! Aku tahu korang mesti faham punye!

Belum terlewat untuk aku ucapkan "Congratz, Jojo!!!" kepada kawan ku yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya weekend yang lepas.

Cantik kan? Terkesima aku dibuatnya. Cewah!!! Serious cantik sangat-sangat. Sorry aku tak dapat attend wedding kau, Jojo. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin...*gambar ni aku culik dari fb kau, Jojo.hehehe*

*****
Hari sabtu lepas, set bilik tidur hasil sponsorship dari seorang insan yang baik hati telah pun sampai di rumah. Wah!!! Happy sangat-sangat. Rezeki nak mendirikan rumahtangga lah katakan. Cewah. White colour. Ikutkan hati yang menggedik-gedik nak show off kat semua ni, nak saja aku upload gambar tu. Tapi fikir balik, nanti tak bestlah. Nanti lepas majlis bolehlah tunjuk. Sekarang tak mahulah. ngeh...ngeh...ngeh...

Oleh kerana set katil sudah sampai. Maka dengan ini terpaksalah aku memindahkan katil lama ke rumah baru kami. Yeaaaah... Free!!! Hahaha... Tak payahlah aku nak nyanyi lagu cindai by Siti Nurhaliza tu " Berbantal lengaaaaan tidurku~~~" Thanks emak dan abah kerana memberikanku katil untuk beradu dirumah baru. Cewah!!! Hehehe...

Taraaaaaaaaaaaa...inilah hasil kreatif Incik Kudut. Tak nak sewa lori punya pasal, kami bawak katil pakai kereta viva. Korang jangan tiru tau. Bahaya!!! Ni semua nak jimat punya pasal. Nasib baik tak kena saman. Haish!!!
*****

Hari isnin pula, Aku dan Incik Kudut selamat mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam Johor Bahru. Hamboi!!! Sepanjang jalan aku dok menghafal doa lah, hak isteri lah, tanggungjawab isteri, bla...bla...bla.... Cuak sangat-sangat. Tak tahu apa nak jawab. Masa kitorang datang ada 10 pasangan yang kitorang kena tunggu barulah sampai giliran kitorang. dup dap dup dap lah apa lagi. Dalam hati 'hope semuanya akan ok.'

Sampai giliran kami. Pegawai yang bertugas pun dengan muka serious minta dokumen-dokumen yang kitorang ada. Kitorang yang cuak ni buat-buatlah cool. Muka saja cool, hati Allah saja yang tahu. Dah settle dia belek dokumen kitorang. Pegawai tu pun start buat muka suspens. Soalannya " Nama tunang kamu Hadhrami??" Aku dengan muka confuse mengangguk dan jawab ya. Ok itu saja. Haaaaaa???Apa ni???Apa ni??? Hehehe... Alhamdulillah. Settle sudaaa.

Lepas ni nak kena jumpa tok kadi pula. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin... (~,^)

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)