<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 4 October 2011

Kini menjadi teman aku!

Jom kita bercerita pasal kahwin jom. Amboi!!! Happy je rasa kalau nak cerita bab-bab kahwin ni. Mata yang kuyu,segar-bugar dibuatnya. Siapa yang tak suka kahwin? Kalau ada, tolong bagitau aku. Aku nak berkenalan dan menemuramahnya. Aneh!!! Hehehe....

Berbalik kepada title entry aku kali ni yang ala-ala macam tajuk novel tu. Actually aku nak bercerita pasal 'Teman tapi mesra ku' kini. Ewah...ewah... Bukan main lagi tau. Lagi beberapa minggu nak pang pang kopang kopang kopang kopang gibing gibing gibing ~~ ada hati nak ber'teman tapi mesra' pulak. Buang tabiat kah???

Tidak sebegitu mudah untuk aku berpaling tadah. Hamboi!!! Dialog drama melayu. Hehehe... Tak adalah, sebenarnya aku just nak story-morry pasal temanku yang berdua ni...


Haaa...Nilah teman yang dimaksudkan. Dua-dua ni memang dalam handbag aku setiap masa. Dalam ni macam-macam khazanah ada. Budget, Harga itu ini, Pakej itu ini....bla...bla...bla... kalau hilang menangis lagu hindustan aku tau!!! Yang Blue colour tu dari Galeri Mentari... Sesiapa yang nak tempah kad jemputan tu, sila-silalah pergi sana. Sangat friendly dan memuaskan hati. Serious!!!

Ni pula hasil-hasil contengan aku yang tiada tolok bandinganya....

Wah!!! Jangan salahkan aku kalau tulisan aku ni buat korang-korang tak lena tidur dan tak lalu nak makan. Hehehe....

Yang diatas ni pula diantara pakej-pakej photographer yang dah fully booked. Serious!!! Kalau korang nak booking photographer, sila booking awal-awal. Jangan jadi macam aku dan Incik Kudut. Menggelabah!!! Tapi Alhamdulillah dapat juga photographer yang padan dengan budget kami. So dah boleh senyummmm...

Ni pula diantara alamat-alamat yang diberi oleh kawan-kawan yang baik hati. Kepada siapa yang belum bagi alamat tu, sila-silalah sendkan alamat tak kiralah di inbox FB aku or terus send kat handset. Lagi senang...

::Hari semakin hampir. Degup jantung semakin laju. Doa kalian didahului dengan ucapan JazakAllah khair.:: (^,~)


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)