<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 27 September 2012

List Barang Baby Que - Part 3


Assalamualaikum semua!!!

Haaa...Aku yang masih diperjalanan...lalalalala... Jangan tanya kenapa dah 39weeks tapi aku masih di office bergelumang dengan fail-fail yang melambak ni semua. Pasti jawapanku akan sama... Baby belum nak keluar Uolsssss...hehehe

So dalam kekalutan aku yang masih menanti dan menghitung hari untuk melihat permata hati dari dalam perutku ini. Baiklah aku update List barang-barang untuk baby...Haaa...Ini adalah final sebelum baby lahir. Hubby dah pesan kalau nak beli apa-apa lagi tunggu Baby Que keluar dulu sebab nak fokus kos untuk melahirkan pula.

Cop!!! Siapa tau kos bersalin di hospital kerajaan normal dan c-zer??? Bolehlah share. Boleh juga aku ambil tahu. Kenapa hospital kerajaan??? Alamak!!! Ofcouse sebab tak mampu untuk beranak hospital swasta. hahaha... Ok tak jawapan tu??? lalalala....

Ok dari terus merapu. Meh kita tengok update list-list barang baby Que :

1 . Barut  10 4
2 . Kain cotton (bedung) 5
3 . Towel  2 
4 . Towel (hooded) 1
5 . Sapu tangan  3
6 . Topi   3
7 . Comforter/tilam/bantal  1set 
8 . Changing mat 
9 . Selimut (hooded)  1 
10 . Baby Wipes  2 
11 . Mandian untuk baby  1set 
12 . Bedak & Lotion baby  
13 . Cotton bud  2 
14 . Minyak talon  1 
15 . Minyak yuu yee  1 
16 . Baby oil  1 
17 . Berus rambut baby  1 
18 . Ketip kuku baby  1 
19 . Penyedut hingus  1 
20 . Pencuci baju baby  1 
21 . Bakul pakaian bayi  1 
22 . Besen mandi  1 
23 . Botol susu/ puting   
       New born   4
24 . Berus botol susu 
25 . Breast pump  
26 . Milk warmer  1 
27 . Beg baju baby (travel)  1 
28 . Pampers   
       Newborn   1 
29 . Stroller  1  
30 . Car seat  1  
31 . Almari baby  1 
32 . Buai  1  
33 . Nappy Cream 1

Yeaaaaaaayyy...dah banyak yang dah beli. Tinggal sikit-sikit saja. So lepas ni dah lapang sikit. ;)

:: Tak sabar nak bau baby kat rumah... Semoga segala-galanya selamat... Amin ::

Wednesday, 26 September 2012

Induce!!!

Assalamualaikum Semua!!!

Mesti ada yang cakap " Laaaa...Tak beranak-beranak lagi ke minah ni???" Belum la Uolsss. Dont worry tak lama lagi ber'anak' la aku. Kalau korang nak tau, aku pun dah risau tahap gaban.

Kalau ikutkan klinik yang mengesahkan kehamilah aku dulu due aku jatuh pada 26sept2012 iaitu merupakan hari ni. Malam tadi puas aku pujuk Baby Que supaya keluar ikut due Dr. tu beritahu. Tapi sayangnya Baby Que masih selesa duduk dalam perut ibu yang buyut ni.

Masa aku pergi ke KK untuk buat buku pink tu nurse kira-kira due aku 7oct2012. Lambat lebih kurang seminggu dari date yang Dr. 1st tu beritahu. Ok 1st macam " Eh macam confuse!" Tapi rasa macam " Eh tak apalah."

Bila masuk saja 26sept2012 hati ni tergedik-gedik nak Baby keluar sebab sama dengan burfday MIL. Tapi serious belum tiba waktunya kot. Tunggu punya tunggu punya tunggu tak ada tanda-tanda pun. So redha la. Lagi satu reason utama nak Baby keluar awal adalah kerana, Dr. KK pesan kat aku macam ni " Kalau 7oct ni baby belum keluar, induce tau. U diabetes tak boleh lambat-lambat." 

INDUCE????

Apa itu induce???
Induce adalah sejenis ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran Induce tu satu kaedah untuk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah untuk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya cepat bersalin. 

Kaedah induce???
Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat. Bila kontraksi rapat dan kuat, doktor akan pecahkan selaput dan air mentuban akan mengalir keluar. Bayi akan lahir dalam masa 30 minit – 1 jam tp ianya bergantung pd ibu itu sendiri. 

Tujuan induce???
mempercepatkan proses bayi dilahirkan jika doktor bimbang bayi akan lemas dan boleh maut.

Source : http://daddymamadanqalysh.blogspot.com/2011/03/induce.html

Takut jangan cakaplah. Baca info ni trus jadi gigil. Doa-doa agar Baby Que nak keluar secepat mungkin. Kalau boleh nak juga aku merasa sakit semulajadi untuk menjadi seorang ibu. Tapi serious kalau terpaksa induce aku terima. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. kan?kan?kan?

:: Apa-apa doakan aku dan Baby Que selamat ya kawan-kawan ::

Monday, 24 September 2012

Kepada Semua Pencinta Haiwan!!!

Attention!!!


:: tapi aku tak boleh joint...mungkin sedang berjuang atau sedang berpantang..hampaaaa ::

Thursday, 20 September 2012

38weeks sudaaaaa

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni merupakan minggu ke 38 aku membuyung dengan jayanya. maknanya dah 9bulan 2minggu ya kawan-kawan. Ramai yang tanya bilalah agak-agaknya si kecil dalam perutku ini nak melihat dunia. Serious aku tak pasti dalam erti kata lain tak tahu. Kalau ikut pengiraan Dr. 40weeks kan? tapi bila fikir balik 40weeks = 10months kan? Entahlah. Aku tak pakar benda-benda ni. Tapi seingat aku masa medical check up yang lepas Dr. just suruh get ready. Sebab baby dah ada kat bawah. Wah...nervous Uoooolsss!!!


Bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi. Walaupun usia perkahwinan aku dan Hubby baru mencecah 10bulan 1hari tapi Baby Que insyaAllah akan keluar membawa kebahagiaan kepada kami. Alhamdulillah!!!

Dulu punyalah sedih bila tak bunting pelamin. Ya lah. Kawan-kawan sana sini dah mula bertanya bila nak berisi. Tapi alhamdulillah kini aku dan Hubby akan bergelar ibu dan abah. Serious memang rasa sangat best!



:: Doakan aku dan baby Que selamat ya kawan-kawan ::

Wednesday, 19 September 2012

Air selusuh

Assalamualakum semua!!!

Hari ni nak story-morry tentang air selusuh. Haaa... Actually aku pon tak berapa arif tentang air selusuh ni. Almaklumlah dah namanya pun 1st timer. So agak jakun sedikit ya tuan-tuan dan puan-puan. Banyak yang masih kena 'google' dan di 'search' . Macam mak kepoh pon ada juga aku ni. Semua pun nak tau. Bukan apa aku just try to bersedia mental dan fizikal saja. So just ambil tau even benda-benda kecil saja.

Berbalik kepada cerita air selusuh... Haaa.. Ni yang aku dapat setelah meng'google' tentang air selusuh ni.

Source : http://awe-donde.blogspot.com/2010/02/air-selusuhapakah-hukumnya.html

Apa itu Air Selusuh?

Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.

Cara nak buat air selusuh? 

setelah saya tanya-tanya orang dan baca di dalam web ada pelbagai cara untuk membuatnya.Ada diantaranya minum air yang dibacakan ayat-ayat al-quran,ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan,dan ada juga disuruh baca ayat-ayat jampi serapah dan macam-macam lagi.Tapi,tujuanya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin.

Apakah hukumnya?

Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran,doa-doa.Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Apakah dalilnya?

Dalil:Firman Allah:’Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman’-surah Al-Isra’,juzuk 15.


So kalau mengikut apa yang aku baca dalam blog tu air selusuh ni tak haram selagi tak menyesatkan. Ianya adalah sebagai ikhtiar. Hm... Bagi yang tertanya-tanya apakah itu air selusuh, ingin dinyatakan disini sejakun-jakun aku, jakun lagi korang. Hehehe... Sebab??? Kat pasaran sekarang Kak Jenab dan Kak Peah pun ada dah jual air selusuh ni. Tak percaya??? Nah tengok!



Tapi nak dijadikan cerita ahad lepas aku dah pun secara sendirinya menyediakan air selusuh untuk diri sendiri dengan jampi serapah yang aku pandai. Cewaaaaaaah!!! Ok aku tipu! Mak yang bagi tunjuk ajar masa aku buat tu. Dengan hanya menggunakan Akar Fatimah yang dibelikan oleh mak cik ku semasa dia pergi umrah hari tu. Nak tengok macamana bentuk akar fatimah tu??? Haaa... macam ni...


Ahaaa... baru keluar dari plastik. Ada 4kuntum dalam plastik ni tapi cuma 1kuntum saja yang aku gunakan untuk buat air selusuh ni. Caranya rendam saja seperti ini...


Cuma mak suruh aku baca Surah Al-fatihah dan selawat sebelum merendam akar fatimah ni. Dengan niat supaya dipermudahkan semasa bersalin nanti. Wah!!! Nervous...dup dap dup dap Uooooolssss...

Ok setelah direndam selama (entah aku tak ingat...hehehe) akar fatimah tu akan mengembang seperti ini...


Yang ni aku terpaksa gunakan khidmat pakcik google sebab terlupa nak ambil gambar time akar fatimah tu dah kembang. Tapi serious memang nampak cantik sangat bila dah kembang. So lepas tu air hasil rendaman tu dimasukkan kedalam botol. 

Macam tu lah ceritanya. Cuma aku confuse bila waktu yang sesuai untuk aku minum air selusuh ni??? Memandangkan kini aku hanya menunggu hari. Bila??? Bila??? Bilakah masanya??? Haish... 

:: Korang semua doakan aku dan Baby Que selamat tau... ;) ::

Monday, 17 September 2012

Alatan untuk temuni bayi

Assalamualaikum semua!

Hari ni masih mood bercuti ya. Selamat menyambut hari Malaysia ya kawan-kawan. Aku masih lagi begini. Masih membuyung. Ingatkan baby nak lahir Hari Malaysia, tapi nampaknya baby masih selesa duduk dalam perut muncetku ini.So aku redha.

Nak dijadikan cerita sabtu lepas aku, hubby dan emak telah selamat membeli barang-barang untuk tujuan menanam temuni. Apa itu temuni??? Temuni ialah uri atau placenta. Nanti temuni akan keluar bersama baby ketika dilahirkan. Menurut kepercayaan orang melayu temuni merupakan sahabat kepada baby.

Haaaa...beginilah rupa temuni tu. Seriau tak??? Kepada ibu-ibu mengandung dont worry bebeh. Sebab yang akan settlekan temuni ni ialah suami awak-awak-awak semua. Tak silap aku la, ibu tak jumpa benda ni.

Actually aku pun lupa kewujudan temuni ni sampailah seorang kawan mengingatkan aku tentang alat-alatan yang perlu disediakan untuk menguruskan temuni ni. Thanks Mami!!!

Ok jom kita sama-sama share knowledge ni k???

Please refer as per below (cewaaaaaaaaaaaaah) :

1. Periuk tanah
2. Kain putih.
3. Asam
4. Garam

Haaaaaa.... senang kan?kan?kan? kos tak sampai RM15 saja. menurut orang-orang lama kita kena tanam dengan pensil bertujuan supaya anak pandai menulis atau jarum supaya anak pandai menjahit. So aku punya barang untuk menanam uri belum lengkap lagi la sebab aku nak anak aku pandai IT. Nak tanam ipad sekali. Hehehe... Ok gurau!

:: Semakin excited pula bila banyak benda nak dipelajari ni...BEST!!! ::

Friday, 14 September 2012

Tiada topik.

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...

Hai kawan-kawan. Selamat hari jumaat yang berkat ya semua. Hari ni tak ada topik yang khusus hendak diceritakan. Dah last-last trimester ke3 ni banyak yang harus disediakan dan difikirkan so dah tak ada masa ber' hu~ha~hu~ha' macam selalu. Tak ada mood! Cewah!!



Dalam minggu ni sibuk memikirkan macamana nak menghadapi saat-saat kelahiran plus dengan kerja kat office yang menjerit-jerit minta disettlekan. So minggu ni agak stress juga la. Nasib baik check darah tinggi ok. kalau tak, pengsan!!!

Sebelum aku terlupa, almaklumlah sejak membuyung ni memang pelupa yang amat! Aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan para pembaca yang sudi mem'view' Diary aku ni. Mana nak tau sepanjang aku mengarut korang mencarut-carut dalam hati tak puas hati tentang tulisan aku. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah seorang reporter yang terror menulis cerita-cerita hot. Aku hanyalah seorang yang suka-suka menulis untuk menceritakan sesuatu. So kepada yang tak suka, jangan baca. Senang kan???

Maaf ya Semua!!!

Baby Que makin ligat bergolek-golek dalam perut ni. Kadang-kadang bila dia aktif sangat. Aku rasa sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat letih. Serious. Kadang-kadang depan PC pon aku boleh terlelap. Biarlah orang kata nanti baby malas la apa la. Hanya aku yang rasa keletihan itu. Lagipun lepas deliver nanti aku dah tak boleh sewenang-wenangnya berehat dan goyang kaki.So ramai yang pesan supaya aku banyakkan berehat sekarang ni sebelum PUSH!!! Thanks korang-korang.

Buka bonet kereta pun dah full dengan bag baby n bag ibu baby. Semua dah ready.Bila tengok barang-barang tu rasa tak sabar pula nak deliver. Tak sabar nak merasai kesakitan yang nikmat seperti diceritakan kawan-kawan yang dah berpengalaman tu. Tak sabar dah nak peluk-peluk Baby sendiri.

Korang semua tolong doakan aku dan baby selamat dan sihat eh??eh??eh?? Eeeee...nervous!!!

:: Ok nak start wat kerja... Keja melaaaaambaaaaaaaaak!! ::