<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 14 September 2012

Tiada topik.

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...

Hai kawan-kawan. Selamat hari jumaat yang berkat ya semua. Hari ni tak ada topik yang khusus hendak diceritakan. Dah last-last trimester ke3 ni banyak yang harus disediakan dan difikirkan so dah tak ada masa ber' hu~ha~hu~ha' macam selalu. Tak ada mood! Cewah!!



Dalam minggu ni sibuk memikirkan macamana nak menghadapi saat-saat kelahiran plus dengan kerja kat office yang menjerit-jerit minta disettlekan. So minggu ni agak stress juga la. Nasib baik check darah tinggi ok. kalau tak, pengsan!!!

Sebelum aku terlupa, almaklumlah sejak membuyung ni memang pelupa yang amat! Aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan para pembaca yang sudi mem'view' Diary aku ni. Mana nak tau sepanjang aku mengarut korang mencarut-carut dalam hati tak puas hati tentang tulisan aku. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah seorang reporter yang terror menulis cerita-cerita hot. Aku hanyalah seorang yang suka-suka menulis untuk menceritakan sesuatu. So kepada yang tak suka, jangan baca. Senang kan???

Maaf ya Semua!!!

Baby Que makin ligat bergolek-golek dalam perut ni. Kadang-kadang bila dia aktif sangat. Aku rasa sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat letih. Serious. Kadang-kadang depan PC pon aku boleh terlelap. Biarlah orang kata nanti baby malas la apa la. Hanya aku yang rasa keletihan itu. Lagipun lepas deliver nanti aku dah tak boleh sewenang-wenangnya berehat dan goyang kaki.So ramai yang pesan supaya aku banyakkan berehat sekarang ni sebelum PUSH!!! Thanks korang-korang.

Buka bonet kereta pun dah full dengan bag baby n bag ibu baby. Semua dah ready.Bila tengok barang-barang tu rasa tak sabar pula nak deliver. Tak sabar nak merasai kesakitan yang nikmat seperti diceritakan kawan-kawan yang dah berpengalaman tu. Tak sabar dah nak peluk-peluk Baby sendiri.

Korang semua tolong doakan aku dan baby selamat dan sihat eh??eh??eh?? Eeeee...nervous!!!

:: Ok nak start wat kerja... Keja melaaaaambaaaaaaaaak!! ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)