<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 3 September 2012

Tanda-tanda hendak bersalin

Hai semua!!! Setelah 3hari bercuti sempena merdeka dan weekend. Tibalah hari isnin yang dinanti-nantikan. Nanti-nantikan??? Haish... Boleh laaaa...

Pagi tadi nak bangun macam bantal tu tak bagi. So kalau late pergi kerja boleh salahkan bantal-bantal kat bilik tidur tu. Semua salah mereka. Aku dan Hubby mangsa keadaan. Auwwww... hahaha...

Hari ni nak cerita pasal tanda-tanda nak bersalin. Ini adalah kerana, Sila refer gambar dibawah. Taraaaaa....


Usia Baby Que telah menjangkau 35weeks 4days dalam perut Ibu... Haaaaaaaaaaaaaa... Excited + nervous + macam-macam perasaan tau. So dari pagi tadi dok me'research' tanda-tanda baby nak keluar melihat dunia. Manalah tau kan. 36weeks nanti kira 9bulan kan??kan??kan?? Walaupun Dr. kata due date aku 7.10 tapi haruslah aku bersedia dari sekarang.

Ok dari korang aku berceloteh panjang lebar. Marilah kita sama-sama mempelajari tanda-tanda nak bersalin.

Source : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html


Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
Sebelum aku men'google' info kat atas ni. Aku ada juga bertanyakan kawan-kawan yang berpengalaman. Macam-macam tanda yang mereka ceritakan. Ada yang kata rasa macam nak ter' erk erk', ada yang kata keluar darah dan bla...bla...bla... Masing-masing tuhan bagi dengan cara yang berbeza dan atas kemampuan masing-masing. So doaku agar aku nanti dipermudahkan oleh-Nya. Amin...

:: Itu pengalaman mereka. Korang pula bagaimana??? Best tak??? ;) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)