<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 26 September 2012

Induce!!!

Assalamualaikum Semua!!!

Mesti ada yang cakap " Laaaa...Tak beranak-beranak lagi ke minah ni???" Belum la Uolsss. Dont worry tak lama lagi ber'anak' la aku. Kalau korang nak tau, aku pun dah risau tahap gaban.

Kalau ikutkan klinik yang mengesahkan kehamilah aku dulu due aku jatuh pada 26sept2012 iaitu merupakan hari ni. Malam tadi puas aku pujuk Baby Que supaya keluar ikut due Dr. tu beritahu. Tapi sayangnya Baby Que masih selesa duduk dalam perut ibu yang buyut ni.

Masa aku pergi ke KK untuk buat buku pink tu nurse kira-kira due aku 7oct2012. Lambat lebih kurang seminggu dari date yang Dr. 1st tu beritahu. Ok 1st macam " Eh macam confuse!" Tapi rasa macam " Eh tak apalah."

Bila masuk saja 26sept2012 hati ni tergedik-gedik nak Baby keluar sebab sama dengan burfday MIL. Tapi serious belum tiba waktunya kot. Tunggu punya tunggu punya tunggu tak ada tanda-tanda pun. So redha la. Lagi satu reason utama nak Baby keluar awal adalah kerana, Dr. KK pesan kat aku macam ni " Kalau 7oct ni baby belum keluar, induce tau. U diabetes tak boleh lambat-lambat." 

INDUCE????

Apa itu induce???
Induce adalah sejenis ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran Induce tu satu kaedah untuk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah untuk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya cepat bersalin. 

Kaedah induce???
Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat. Bila kontraksi rapat dan kuat, doktor akan pecahkan selaput dan air mentuban akan mengalir keluar. Bayi akan lahir dalam masa 30 minit – 1 jam tp ianya bergantung pd ibu itu sendiri. 

Tujuan induce???
mempercepatkan proses bayi dilahirkan jika doktor bimbang bayi akan lemas dan boleh maut.

Source : http://daddymamadanqalysh.blogspot.com/2011/03/induce.html

Takut jangan cakaplah. Baca info ni trus jadi gigil. Doa-doa agar Baby Que nak keluar secepat mungkin. Kalau boleh nak juga aku merasa sakit semulajadi untuk menjadi seorang ibu. Tapi serious kalau terpaksa induce aku terima. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. kan?kan?kan?

:: Apa-apa doakan aku dan Baby Que selamat ya kawan-kawan ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)