<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday, 4 November 2011

Pergi potong kuku cepat!!!

Hari Jumaat hari yang penuh keberkatan. Cuaca hari ni pun redup sahaja. Seredup mataku menghadap pc kat depan ni. Amboi!!! Rasa kalau boss cakap "Ita, awak boleh pergi tidur!" berdesuuuup aku pergi tidur tanpa toleh ke kiri dan ke kanan lagi. Oh... Kuat berangan ini orang!

Sempena hari jumaat ni jom kita share amalan memotong kuku ikut sunah Rasulullah s.w.t. nak tak?? Dapat juga kebaikan bersama. Kan?kan?kan?


Ni gambar aku dapat dari pokcek google. Rasanya bila tengok gambar ni semua pun dah tau kan? So tak yah lah aku nak tunjuk pandai nak mengajar. Hehehe... Kalau aku yang mengajar serupa juga macam ketam mengajar ikan berenang. Boleh bayangkan? ;P

So jom sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.w.t. Semoga hidup kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. *winkwink*

:: mood : dengar lagu nasyid ::

Thursday, 3 November 2011

Alamak!!! Macamana boleh lupa entah!

Sementara tunggu Incik Kudut amek aku dari office sweet office aku ni sempatlah aku masukkan entry tak seberapa ni. Tadi aku view blog-blog yang aku follow seronok pula tengok dorang tukar-tukar idea DIY doorgift. Siap ajar lagi macamana nak buat. Hai aku ni mulalah gedik-gedik nak buat. Tapi sayangnya dengan majlis yang tinggal lagi beberapa minggu tak dapatlah aku joint buat benda-benda cute tu sendiri. Lagipon, barang untuk doorgift dah beli. Jadi tak mahu membazir. Tapi nak cakap juga CUTE sangat DIY dorang tu. Geram!!!

Lepas tu baca pula entry dorang pasal henna. ALAMAK!!! Aku terlupa kot pasal kewujudan benda ni. Aduhai! Kat mana pula aku nak cari erk kat area UTM *Ulu Tiram Malaysia...hehehe* atau JB ni. Tolong!!! Tolong!!! Tolong!!! Aku nak buat simple, sesimple yang mungkin. Kat tangan dan kaki. Sesiapa yang tau sila-silalah share yep. ;)


Lebih kurang macam ni. Ni aku rembat dari blog Kina yang cantik. Banyak info boleh dapat dari blog dia. Dia sangat sweet!!! Suka!!! Suka tahap hari-hari nak baca blog dia. Lepas tu kalau dia belum update mulalah menunggu macam pungguk rindukan bulan. Hahaha... Ok drama nak lebih kan?kan?kan? Hehehe...

Ok la semua. Incik Kudut dah call bagitau dia dah nak sampai. Nak kemas-kemas meja. Tata...

:: With love, Nikita ::

Baju nikah. :: Part 2 ::

Yuhuuuu...Yuhuuu...Yuhuuuhuuuu... Semalam cakap baju nikah AKAN selamat sampai di tangan. Hari ni DAH selamat sampai pun. Yeaaaaay!!! Pearl of white itu colour untuk baju di hari yang bersejarah nanti. Hm... Kenapa selalu kalau nikah saja mesti orang akan pilih white colour or colour yang light-light??? Aku pun tak terkecuali. Pilih pearl of white sebab...hm... secara jujurnya aku tak tau sebab apa. Maybe sebab Incik Kudut kata colour tu nice. Masa beli kain tu Jakel tengah promotion. beli fabrik untuk pengantin perempuan, free fabrik untuk pengantin lelaki. Masa tu kalau tak silap tak sampai RM250. Maaflah sebab aku ni pelupa.. PANG!!! hm... masih tak ingat... haiyoooo!


Ehem....ehem...ehem... Nilah bajunya. Tapi saja mengada tak mahu tunjuk macamana design sebenar baju ni. Eeeee...Gedik!!! Tak adalah, actually nanti tak surprise la...kan?kan?kan? siapa setuju angkat perut!!! Ops... Cakap pasal perut ni yang buat risau. Haish! Kalau korang nak tau aku belum lagi try baju nikah ni. Dapat saja terus simpan dalam beg kertas. Tak ada fitting room kat office ni. Kenapa boss aku tak nak buat fitting room erk??? Pelik!! Hehehe...

Baju nikah ni saja aku tempah sendiri, aku nak simpan dalam almari. Biar pun tak pakai tapi aku nak bila tengok saja baju nikah kami yang sepasang tu kami akan kenang detik yang bersejarah. So sweet!!! DUSYUM!!! Wake up ita. Asyik berangan tak sudah-sudah. Nyudahnya kerja pending berlambak-lambak lepas tu TERpaksa ot untuk siapkan. Padan muka aku. Lalalala~~

Hari tu aku ada round-round kat Angsana. Saja cuci-cuci mata. Even dah tempah baju nikah kat Andak. Aku masih lagi melilau-lilau tengok baju-baju kat situ. Ada satu tu cun sangat.Patern baju kurung modern. White colour juga. Tapi harganya MAK AIH!! terkejut mak nok. RM450 untuk baju perempuan dan RM300 untuk baju lelaki. Aku terus melopong. Mahalnya! Terus rasa bersyukur sebab tempah baju kat Andak. Harga tempahan baru RM90. Design aku ngan Incik Kudut yang tentukan. Bahagia tau rasanya. Hek...Hek...Hek...

Incik Kudut punya baju nikah pula buat baju melayu biasa dengan kolar teluk belanga. Dapat orang johor lah katakan. Siap cari songkok tinggi lagi Uols. Hehehe... Sangat cute tengok dia pakai songkok tinggi. Ala-ala penari zapin gitu. Teringat zaman sekolah dulu. Jap nak bayangkan Incik Kudut menari zapin. ;P



:: Cantik kan Kate Middleton ni. Hm... sambung verangan. huhuhuhu ::

Wednesday, 2 November 2011

Baju nikah.

Nak cerita... Nak cerita...

Oh Oh Oh... Ni cerita hari sabtu lepas. Dah tinggal 2minggu lebih saja lagi. Tiba-tiba Andak *orang yang bertanggungjawab menyiapkan baju nikahku* bagitau ada problem. Terus rasa menggelabah yang teramat-amat-amat. Wah banyaknya amat!!! Rupa-rupanya kain lace untuk bahagian lengan tak cukup. gulp... mana aku nak cari kain lace macam tu lagi. Kalau cari pun takut tak sama dah jadi apalah baju tu. Nasib baik aku mendapat tailor yang sangat creative. Andak suggestkan ganti dengan kain chiffon. Hm... Idea yang bernas.

Haaa...nilah contoh kain chiffon tu. 

Yang bestnya, hari ni baju nikah tu akan sampai ke tanganku. Mudah-mudahan Ok. Aku sangat berharap ni. Tapi aku percaya hasil tangan Andak insyaAllah cantik. Tak sabar rasanya. Tapi yang risau, takut ukuran body lari sikit. Manalah tau TERbesar sikit ke. Pengsan!!! Rasa cam tak boleh fikir benda lain selain dari fikirkan hal-hal yang berkaitan dengan weddingku nanti. Gedik kan?kan?kan? Tapi itulah realitinya. Hehehe...

:: Boss, sila faham situasi saya jika banyak kerja yang saya pending. Mood kerja dah hilang!!! Hehehe ::


:: Wordless Wednesday ::

:: 2 minggu 3 hari ::

Tuesday, 1 November 2011

Hari merapu sedunia.

Hari ni dah masuk bulan November. Degupan jantung semakin laju. Jalan biasa pon macam semput saja. Ok aku tipu! Hehehe... Hari ni hari menggelabah aku, kalau korang nak tahu dari tadi aku salah cakap. Contohnya aku boleh call driver tanya barang yang 'esok' tu ambil pukul berapa? padahal aku nak cakap barang yang 'semalam' tu ambil pukul berapa? haiya! Terpinga-pinga driver tu. Dahlah muka penat baru balik office, nasib baik tak dicepuknya muka aku yang cute ni! Cute ke? Hahahaha... Tak sesuai! ;P

Bila balik dari lunch tadi aku tengok pen aku hilang. Terus post kat FB. 'Sape pulangkan pen saye!!! Pulangkan!!!' padahal nak tulis 'Sile pulangkan pen saye!!! Pulangkan!!!' hahaha... Teruk aku kena bahan dengan member-member. Padan muka aku. Pen punya pasal pun nak masuk dalam FB, dahlah berterabur ayat. Hahaha... Mongoks!

Korang rasalah kan, aku ni kategori stress yang melampau ke, excited yang tiada tandingannya ke or nervous tahap cipan beranak lapan??? Sampai semua pun aku buat salah. Oh maafkan aku wahai kalian semua. Aku sekarang banyak merapu dari bercakap benda betul. Hehehe...

Tu saja untuk entry merapu ni. Hahaha... Ok bye! ;P

Kita manusia biasa.

Cantik tu subjektif kan? Ya lah. Contohnya, aku cakap dia tu cantik. Incik Kudut kata, biasa saja. Aku cakap dia tu biasa saja. Tapi korang pula kata, Ish dia cantik gila. So memang lain orang lain pandangannya. Allah itu maha adil. Dalam ketidaksamaan kita, ada juga perkara yang boleh buat kita sama-sama. Maha suci Allah!!!

Dalam hidup aku dan Incik Kudut juga tak terkecuali. Kami selalu mempunyai sifat berlawanan. Macam aku riuh @ kecoh @ kepoh tapi Incik Kudut pendiam. Aku suka memekak di karaoke. Incik Kudut suka membaca dengan suasana yang tenang. Aku suka tengok siaran yang berunsurkan hiburan. Incik Kudut suka menonton apa-apa berita yang berunsurkan sukan. Kadang-kadang rasa sangat perbezaan kami tu. Tapi sebab Allah wujudkan satu perasaan yang kita panggil kasih sayang, makanya kami boleh saling melengkapi. Alhamdulillah!!!

Bila waktu semakin hampir, mulalah macam-macam rasa dalam hati aku ni haaa. Macam-macam benda yang bersarang dalam kepala aku. Aku tahu Incik Kudut, emak, abah dan keluargaku yang lain juga merasakannya. Ya Allah, semoga kau mempermudahkan segala urusan kami. Amin...

P/s: Korang perasan tak sejak akhir-akhir ni, apa yang ku conteng dalam diary ni pon aku tak tahu. Entry yang tak berkualiti. Tapi layan sajalah ye. Hehehe...

:: A Walk to Remember ::