<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday, 31 October 2011

Jom Holiday!

Hari ni merupakan hari terakhir di bulan oktober. Bye october, Hye November. Langkah ku terhenti. Wah!!! Dah tinggal 19hari lagi. nenong nenong nenong~~ terus jadi tak berapa betul. *padahal sebelum-sebelum ni pun tak berapa nak betul gak.hehehe*

Jadinya aku pon mengambil keputusan untuk meng'apply' cuti. Yeaaaay!!! Cuti adalah perkara terindah dalam hidup seorang pekerja. siapa tak setuju???angkat kaki selama 2jam. Ada berani?? Hehehe... Bila tengok Kalender saja, mula nak senyum lagiiii lebar. Mana taknya cuti kahwin yang company aku bagi 7hari tak termasuk sabtu dan ahad. 22hb Nov 2011 dan 28hb Nov 2011 Public Holiday. Total cuti yang aku dapat 2minggu. Yippieee!!! Bukan senang nak cuti lama-lama ni. Tapi tak boleh kalah ngan BFF aku yang cuti bersalin tu. Hamboi!!! 2bulan melepak kat rumah. Hehehe...

Ops... sebelum lupa, ramai juga yang memilih November ni untuk melangsungkan perkahwinan. Congratz korang-korang semua. Semoga ikatan yang dibina menjadi mahligai cinta yang membahagiakan. So jangan lupa apply cuti tau!!! :)

Terus terbayang itu ini yang belum settle. Tapi tak apa. Relax!!! Weekend lepas Incik Kudut dah bawa pergi release tension. Thanks awak!!! Tapi oleh kerana aku berada dalam zon malas yang teramat. Nanti-nanti sajalah aku upload gambar yang tak seberapa tu. Malas itu seni!

:: Terima kasih Tuhan kerana memberikanku kekasih yang baik hati. Terima kasih Tuhan kerana menghayati ::

Thursday, 27 October 2011

Dugaan...

Hari ni mood aku sedikit merudum kerana adanya jerawat batu yang tumbuh bawah dagu ni. Sangat meluat!!! Huh!!! Mana taknya, tidur dah la tak lena. Makan kacang pula berbakul-bakul. Time buat kerja saja, mulalah mulut ni nak mengunyah. Lepas tu kalau berat badan naik mulalah buat muka seposen. Haish!!! Nak membebel panjang-panjang pun tak guna. Tulah Ita a.k.a diriku sendiri. Lempang muka sendiri. Aiyark!!!

Bercerita pasal dugaan yang menimpa. Mesti rasa stress yang teramat. Betul orang kata makin nak dekat harinya, makin hebat dugaan yang dihadapi. Macam-macam yang kepala ni kena fikir. Lagi kecian dengan emak dan abah. Nak dijadikan cerita, kelmarin kami dapat berita daripada aunty ku. Katanya atuk aku jatuh. Jadi selasa malam tu bertolaklah kami sekeluarga ke Mersing. Incik Kudut juga turut serta. Deepavali semalam kami sambut dengan linangan air mata melihat keadaan atukku yang semakin kurus. Ya Allah, kau sembuhkanlah orang-orang yang aku sayangi. amin....

Stress!!! Stress!!! Stress tersangat dan teramatlah stress!!! Mana taknya, dengan tempoh yang hanya tinggal tak sampai sebulan banyak lagi yang aku kena fikirkan dan settlekan.Tapi aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk mengadu, bercerita, bersandar dan yang paling penting memahami diriku dan keluarga. Thanks Incik Kudut. I Love You!!! Emak dan abah serta adik-beradik yang lain pun banyak nasihatkan aku agar bersabar atas dugaan yang menimpa. Thanks semua!!!

Doa dari kalian amat-amatlah dihargai. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar. amin....


Tuesday, 25 October 2011

Upah!

Nak story pasal upah yang kitorang bagi pada diri kitorang sendiri lepas dapat menjawab soalan yang 'mencabar' dari pegawai Pejabat Agama semasa kitorang pergi mendaftar perkahwinan. Soalannya ialah " Nama tunang kamu Hadhrami?" Hahaha... Mencabar kan?kan?kan? So kerana mencabar tulah kitorang me'reward'kan diri kitorang dengan nyum...nyum...nyum...







Taraaaaaaaaaaaaaaaaa......nyum..nyum..nyum...


Licim. Ok!!! ni gambar-gambar tak diedit. Memang licin. Hahaha... Berkecai diet aku. So lepas ni tak bolehlah mengeluh-ngeluh lagi badan gemuk. Hehehe... Thanks Incik Kudut kerana merosakkan diet saya. Apa-apa pun, saya sayang awak! ;)

Weekend yang busy!

Wah! Bersawang sana, berhabuk sini. Apa ni? Apa ni? Nilah effect dari ke'busy'an aku sepanjang weekend ni. Langsung tak ada masa nak menconteng diary kesayangan ni. Serious!!! Sangat letih. Kepala mula ligat fikir apa yang belum settle, apa yang nak kena settle, siapa lagi yang nak kena jumpa, bla...bla...bla...

Minta maaf juga pada wedding kawan-kawan yang aku tak dapat attend. Silalah marah aku sekarang!!! Silalah cakap " Ita, nanti wedding kau tak ada siapa-siapa datang baru kau tahu!!!" Silalah...Silalah... Dan aku akan merayu minta korang ganti tempat aku dan rasakan pula apa yang aku rasa. Tekanan!!! Ok. Relax.. Chill bebeh!!! Aku tahu korang mesti faham punye!

Belum terlewat untuk aku ucapkan "Congratz, Jojo!!!" kepada kawan ku yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya weekend yang lepas.

Cantik kan? Terkesima aku dibuatnya. Cewah!!! Serious cantik sangat-sangat. Sorry aku tak dapat attend wedding kau, Jojo. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin...*gambar ni aku culik dari fb kau, Jojo.hehehe*

*****
Hari sabtu lepas, set bilik tidur hasil sponsorship dari seorang insan yang baik hati telah pun sampai di rumah. Wah!!! Happy sangat-sangat. Rezeki nak mendirikan rumahtangga lah katakan. Cewah. White colour. Ikutkan hati yang menggedik-gedik nak show off kat semua ni, nak saja aku upload gambar tu. Tapi fikir balik, nanti tak bestlah. Nanti lepas majlis bolehlah tunjuk. Sekarang tak mahulah. ngeh...ngeh...ngeh...

Oleh kerana set katil sudah sampai. Maka dengan ini terpaksalah aku memindahkan katil lama ke rumah baru kami. Yeaaaah... Free!!! Hahaha... Tak payahlah aku nak nyanyi lagu cindai by Siti Nurhaliza tu " Berbantal lengaaaaan tidurku~~~" Thanks emak dan abah kerana memberikanku katil untuk beradu dirumah baru. Cewah!!! Hehehe...

Taraaaaaaaaaaaa...inilah hasil kreatif Incik Kudut. Tak nak sewa lori punya pasal, kami bawak katil pakai kereta viva. Korang jangan tiru tau. Bahaya!!! Ni semua nak jimat punya pasal. Nasib baik tak kena saman. Haish!!!
*****

Hari isnin pula, Aku dan Incik Kudut selamat mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam Johor Bahru. Hamboi!!! Sepanjang jalan aku dok menghafal doa lah, hak isteri lah, tanggungjawab isteri, bla...bla...bla.... Cuak sangat-sangat. Tak tahu apa nak jawab. Masa kitorang datang ada 10 pasangan yang kitorang kena tunggu barulah sampai giliran kitorang. dup dap dup dap lah apa lagi. Dalam hati 'hope semuanya akan ok.'

Sampai giliran kami. Pegawai yang bertugas pun dengan muka serious minta dokumen-dokumen yang kitorang ada. Kitorang yang cuak ni buat-buatlah cool. Muka saja cool, hati Allah saja yang tahu. Dah settle dia belek dokumen kitorang. Pegawai tu pun start buat muka suspens. Soalannya " Nama tunang kamu Hadhrami??" Aku dengan muka confuse mengangguk dan jawab ya. Ok itu saja. Haaaaaa???Apa ni???Apa ni??? Hehehe... Alhamdulillah. Settle sudaaa.

Lepas ni nak kena jumpa tok kadi pula. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin... (~,^)

Friday, 21 October 2011

Bila kurang di ambil peduli.

Hai kawan-kawan. Selamat berhari jumaat yang indah. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar pagi ni. Marilah kita memanjatkan kesyukuran dengan apa yang kita dah miliki. Jangan asyik meroyan kat twitter or update status kat FB complaint sana, ngadu sini. Jangan asyik mengeluh dengan apa yang ada disekeliling kita, baik kita bersyukur kerana masih ada mereka yang sudi menjadi penyeri hidup kita. Lebih Afdal. kan?kan?kan?

Hari ni badan rasa lemau saja. Dari semalam rasa macam nak demam. Bila kurang dari sebulan nak sampai majlis ni. Mulalah badan rasa tak sedap. Kurang ambil peduli pasal kesihatan, macam nilah jadinya. So, korang-korang kat luar sana tu sila-silalah jaga kesihatan. Aku ni tidur pun dah tak cukup. Mahu tak mahu kena fikir tentang majlis. Oh... Semoga semuanya berjalan lancar. amin...

Buat pengetahuan semua, wedding invitation card belum dipos pun. Sabtu & Ahad ni barulah nak tengok plastik yang berisi kad yang banyak-banyak tu. Almaklumlah, balik kerja dah penat. Serious tak sempat. Mudah-mudahan esok tak ada apa yang akan menghalang aku, Incik Kudut dan family menyelesaikan kad-kad tu semua. amin....

Bismillahirohmanirrohim...
Ya Allah,
semoga majlis Masita dan Hadhrami Farhan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan dan diberkati olehMU. 
Amin.... 



:: Kawan-kawan, korang juga doakan untuk aku juga ya. JazakAllah khair!!! (^,~) ::

Thursday, 20 October 2011

15/10/2011

Hari ni umurku telah pun berganjak kepada 25 tahun 5 hari. Tua sudaa. Dan sebelum gambar-gambar birthday hari tu basi, makanya aku nak la show off kat sini. hehehe...

Jeng Jeng Jeng.....












Kitorang dalam perjalanan balik ke kampung halaman Incik Kudut masa ni. So, singgahlah Melaka. Sangat teruja!!! Sebab 1st time naik Duck cruise tu. ...Quek...Quek... Best!!! Jakun kan?kan?kan? Thanks kepada Incik Kudut. Saya sayang awak!!!

Lepas berfoya-foya makan angin atas bot. Maka perut pun menjerit-jerit minta diisi. Kebetulan hari tu nak fast food so pergilah KFC di Mahkota Parade. Nyum...nyum...nyum....



Bila tengok gambar ni rasa lapar pula. Pastu terus gelak. Incik Kudut memang 'buruk lantak' orang Kedah kata. Tengoklah makan dua orang tapi banyak macam ni. Percaya tak??? Haish!!! Ni semua kerana kupon KFC yang nak expired. Cepat-cepat guna. Lepas makan terus tersandar. Erk!!! Alhamdulillah.

Lepas tu, singgah lagi. Kali ni beli Coconut Shake pula. Yummi.... Nampak tu Incik Kudut ngah jalan pergi beli. Oleh kerana cuaca panas. Aku tak nak ikut. Hehehe... Jahat kan?

Taraaaaaaaaaaaaaaaa.........nyum.....nyum....nyum....yummi..................... (~,^)

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni ke Nilai 3. Kerana future MIL, FIL & SIL sedang menanti disana. Waaaaah!!! Shopping!!!Tapi diorang la yang shopping. Aku tengok saja. Hehehe...

Ok. Konon-konon berat la tu.Huh!!! Bedo'oh!!!

Ok dan akhirnya kitorang konvoi 2 kereta untuk pulang ke Pahang. Balik Kampung Oooo Balik Kampung....lalalalalalala....


:: Penat + happy ::



Wednesday, 19 October 2011

Klik Klik Klik !!!

Cak!!! Wah. Main cak cak nampaknya dipetang hari ni. Mood yang sangat bercelaru. Kejap nervous, kejap seronok, kejap lagi takut, bla...bla...bla... Ini semua adalah kerana hari ni 19 Oct. Hehehe... Kepada B2B lain yang masih merasakan date penting korang tu lama lagi, siaplah!!! Korang juga akan merasakannya. Cewah!!!

Haaa...Baru-baru ni kawan ku Amad Iqbal bertanya tentang photoG yang harganya Ok dan hasilnya sungguh Ok. Makanya aku buat entry ni. Sebelum ni pun kalau korang ingat aku pernah janji nak kasi korang tau mana-mana photoG yang menawarkan pakej-pakej menarik.

Tapi kan... Setelah kan... Dilihat balik kan...kan...kan...PANG!!! Ok setelah dilihat semula banyak pakej-pakej yang dah terabur-raban. eh ada eh word tu?hehehe... Banyak yang Incik Kudut dah buang kerana tidak diguna pakai. Hm...Kejam!!!

Tapi tak apa. Aku ada bagi korang link-link yang berfaedah. Sila-sila survey sendiri. ;)
  1. Qaseh Photographix,
  2. Izphotostudio,
  3. Jojo,
  4. Soffi
3 ngan 4 tu member aku. Harga boleh runding insyaAllah. So korang-korang yang masih belum booking tu, pergi booking cepat-cepat! Esok kalau dah semuanya fully booked. Baru korang nak nangis guling-guling tak guna, FAHAM!!! Wah garangnya aku! Hehehe....

Ok nanti aku nak suruh Kak Wani snap pic aku ngan Incik Kudut macam ni. Ok tak???
<<Wacha>>