<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 23 November 2011

Curi Gambar dari mereka!

"Berarak mendung kelabu..lalalala... " Wah mukadimah saja nampak macam ala-ala kusut-musut kan? Actually  hari ni cuaca sangat mendung dan hujan turun dengan lebat. Telah 4hari berlalu majlis pernikahanku bersama insan tersayang. Alhamdulillah! Aku kini bergelar seorang isteri kepada Hadhrami Farhan bin Rahmat @ Mohd Zul. Rasa bersyukur yang tak terhingga. Tapi serious hari ni sangat bosan-bosan-bosan, Wah! Bosan sungguh-sungguh ni. Ya lor mana taknya Hubby ku telah mula berkerja hari ni. Cewah! Macam lawak saja panggil Incik Kudut Hubby. Tak pernah kot sepanjang kami berkawan dan bertunang aku sebut 'Hubby'. Sekarang ni kalau cakap saja 'hubby' dengan dia rasa tak jejak bumi. Malu yang teramat. Hehehe. Gedikkan?kan?kan?

Masih terbayang-bayang dalam kepala ni sewaktu akad nikah. Serious cuak tahap gaban time tu. Tanya siapa-siapa pun pasti ada feeling macam tu time nikah. Percayalah! Aku dah tak boleh nak bercakap banyak time tu. Berborak pun tapi fikiran melayang entah kemana-mana. Hahaha. Tapi Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz aku telahpun selamat menjadi isterinya. Thanks sayang kerana sudi menyunting adinda. Uweeeeeeeeeeeks! Drama lebih! Hei! Hei! Hei! Haruslah....lalalalala~

Hajat dihati nak upload semua gambar sepanjang majlis kami berlangsung, tapi photographer ku belum sempat bagi. Makanya, aku cilok sajalah gambar dari member-member. Jom layan....

Ni gambar-gambar dari lensa Si cantik dan Si Kacak yang hadir kemajlis kami. Thanks korang sebab hadir memeriahkan lagi majlis kami yang tak seberapa itu. Sayaaaaaaaang Korang!

p/s: Hubby, I love you! ;)








Kepada kaum keluarga yang berhempas-pulas settlekan majlis kami, Thanks sangat-sangat-sangat. Kepada yang sudi hadir kami sekeluarga mohon kemaafan andai terdapat kekurangan dalam majlis kami ni. Manusia biasa, babe. Tak lari dari kesilapan. Kepada yang datang bawa hadiah besar-besar terima kasih lah banyak-banyak. Sangat menghargai! Yang tak dapat hadir tapi mendoakan kami dari jauh juga terima kasih sangat-sangat. Harapanku semoga kami kekal hingga akhir hayat. Korang juga, aku doakan akan menemui cinta sejati. Amin....

:: Ada niat nak buat review. Tapi belum ada masa lagi. InsyaAllah akan diusahakan.;) ::

4 comments:

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)