<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 4 November 2011

InnerShine & Multi-vitamin

Hello everybody!!!*syok ala-ala artis..huhuhu* Bosanlah weh hari ni. Buat kerja tapi otak dah melayang kemana-mana saja entah. Banyak betul dalam kepala ni. Bila tanya mereka-mereka yang lebih pakar, jawapannya " memanglah Ta, masa dah dekat memang stress sikit " So aku anggap benda ni perkara yang sangat normal bagi semua pengatin-to-be. Lagi-lagi yang on budget macam aku ni. Nak lawa tapi nak yang tak melebihi budget. Susah wooo... Antara keperluan dan kehendak kena asing betul-betul. Huh!!! Sempuuuut~~~

Malam tadi pergi farmasi, saja pergi tengok apa-apa yang boleh dibeli. Ternampak InnerShine terus terjatuh hati. Mahu taknya ada gambar Maya Karin dok senyum kat depan kotak tu. Hehehe...Teringat sebelum ni ada seorang blogger cerita pasal ni. Masa tu tak sempat ingat siapa. Belek-belek terus decide nak beli. Incik Kudut pula ralit tengok supplement yang boleh menaikkan berat badan. Dalam hati rasa nak gelak. Lagi 2minggu barulah sibuk masing-masing nak cari benda-benda ni semua. Mudah-mudahan adalah kesan-kesan positif pada kami. Amin...

:: 2 minggu 1 hari ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)