<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Sunday 13 November 2011

Hantaran dah siap.;)

Kalaulah badanku boleh menjerit-jerit beritahu betapa penatnya mereka confirm semua orang terkejut lari lintang pukang. Tangan ngadu lenguh, mata ngadu letih, kaki ngadu penat, semualah nak mengadu... Puh!!! Sempuuuuuuuut...

Hari ni aktiviti aku bermula seawal 8 a.m. Bergerak ke Kluang untuk menyiapkan DIY hantaran. Pergi ke Ayer Hitam untuk membeli-borong barang-barang yang masih tak cukup. Ada eh 'membeli-borong'?? Hahaha... Duit keluar macam air mengalir. Laju-laju-laju sangat. T.T

Bunga-bungaan kat Ayer Hitam tu tak kurang mahalnya. Siapa setuju angkat ketiak!!!! Tapi nasib baik aku memang plan nak menyiapkan hantaran-hantaran tu semua bersama-sama kakak iparku di Kluang. So, dah dekat ngan Ayer Hitam. Beli sajalah!

Rasa nak upload semua hasil tangan kitorang tu. Walaupun banyak hasil dari kakak iparku. Hahaha... Tapi tak boleh dulu. Nantilah, lepas majlis boleh tunjuk-tunjuk. Sekarang memang tak boleh. Sebab nak surprisekan semua!!! Surprise!!! Hahaha... Tak sesuai.

Macam biasa. Korang semua sila-silalah doa untuk aku dan Incik Kudut tau. 6hari saja lagi... Waaaaaaaaaaaaa...Pengsan. Kalau korang doakan aku sayang lebih. Kalau tak doakan sayang sikit saja. Boleh gitu??? Hehehe...

:: With love, Nikita ::

2 comments:

  1. Dear you, follow me back ye .
    ceritabakalpengantin.blogspot.com.
    ^__^ nice blog btw..
    B2B from Johor .

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)