<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 8 November 2011

Pelangi muncul selepas hujan.

Kejadian demi kejadian, Dugaan demi dugaan, Cabaran demi cabaran. Semua ini hampir melemahkan semangatku. Alhamdulillah aku mempunyai seorang tunang dan keluarga yang faham akan tekanan yang dihadapi. Boleh korang bayangkan bagaimana rasa bila tinggal 2minggu lagi ke hari yang bahagia, tinggal 2hari lagi menyambut Aidiladha, Insan yang ku sayang menghembuskan nafas terakhir??? Boleh korang bayangkan apa perasaan aku time tu??? Ya Allah!!! Tuhan saja yang tahu. Atok ku telah pergi buat selama-lamanya pada 04 Nov 2011. Sedih memang sangat-sangat-sangat sedih. Aku kelu di kuburan. Hanya air mata deras mengalir dipipi. Sambil hati berdoa agar tenang dia 'disana'. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-fatihah buat arwah.

Belum puas menangis atas kehilangan Atok ku. Comot pula entah ke mana. Ya Allah, aku redha andai ini ujian yang KAU beri padaku. Mungkin bagi orang lain Comot hanya seekor kucing yang tidak mengerti apa-apa pun. Tapi bagiku Comot adalah kesayanganku. Aku dan keluarga sangat-sangat-sangat rindukannya. Seluruh taman aku mencarinya. Sambil airmata ku simpan mengalir dalam hati. Andai ada insan yang mengambilnya dengan niat ingin menjaganya, ku harap insan itu menjaganya dengan baik. Andai insan itu tidak sanggup menjaganya, ku harapkan agar pulangkan semula kesayanganku itu. Air mata tanda betapa pentingnya Comot padaku.

Aidiladha ku sambut dengan perasaan sayu. Tapi alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana menghayati!!! Dengan izinnya aku ketemu seekor anak kucing yang sangat-sangat cute. Kasihan!!! Itulah word yang paling tepat menggambarkan perasaanku ketika itu. Diusia yang masih bayi mengiau-ngiau minta susu untuk mengisi perut yang lapar. Tanpa persetujuan emak dan abah kucapai kotak lalu ku bawa pulang ke rumah. Aku tahu emak dan abah juga akan buat perkara yang sama kalau ada ditempat aku. >......<

Lihat telatah anak kucing tu buat aku lupa tentang kesedihan yang aku alami. Tiba-tiba teringat ayat ni 'Kita ingat panas berpanjangan, rupanya Allah turunkan hujan, siap dengan guruh dan petir, kita nangis-nangis-nangis, tanpa kita sedari sebenarnya Allah nak beri kita pelangi' Macam tulah lebih kurang ayatnya. Aku namakan anak kucing itu Rainbow. Kini dia pelangi dihati aku, Incik Kudut dan keluarga. Alhamdulillah!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)