<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 10 November 2011

Jangan tiup makanan atau minuman!

Hai kawan-kawan yang budiman dan negarawan. *Ok aku mengarut*. Pagi-pagi ni mood aku sangat-sangat-sangat baik. Sebab dapat tau BFF aku dari Sarawak akan sampai hari ni. Sangat happy tahap nak buat shuffle. So tengahari nanti akan ku jemput dia di airport. *winkwink*

Tujuan saya menulis karangan tidak melebihi 150patah perkataan ini adalah.... Hahaha. Tiba-tiba tukar mood jadi skerma badut. Tak adalah actually aku nak share satu info ni dengan korang-korang yang sudi membaca. Ini adalah berkaitan dengan kesihatan rohani dan jasmani. Apa macam? Berminat tak nak tahu?? Nak kan?kan?kan? Siapa yang nak tahu sila teruskan pembacaan anda. Jika tak mahu tau sila abaikan. Waaa...Takut tak? Hahaha...

Semalam aku balik kerja lambat. So TERbuat ot sikit. Boleh eh TERbuat ot?? Hahaha. Masa tu masih ada beberapa orang di office. So aku terdengar perbualan antara boss ku dengan officemate ku. Si Officemate aku ni mengadu sakit-sakit badan. Then boss aku dengan selambanya suruh kurangkan angin dalam badan. Ok serious masa tu aku agak pelik. Tapi ku teruskan juga sesi pasang telinga. Menurut boss aku angin dalam badan sangat bahaya. Angin means sifat panas baran. Macam orang-orang tua kata 'angin satu badan'. Dan aku semakin teruja nak dengar. Ya lah apa kaitan sakit-sakit badan dengan sifat marah???

Menurut boss ku lagi. Sebenarnya sifat 'angin satu badan' ni menyumbang banyak penyakit untuk badan kita. Aku setuju dengan statement boss aku tu. Yang paling best bila tiba-tiba boss aku kata "Biasakan jangan tiup makanan atau minuman ketika panas semasa hendak makan atau minum" Ok jom nganga sama-sama. Sebab serious aku tak faham apa kaitannya. Sebenarnya menurut boss aku tu, dalam jasad kita mempunyai nafsu. Tak kiralah nafsu marah, nafsu makan, bla...bla...bla... Senang cakap banyaklah nafsu-nafsu yang bersarang dalam jasad kita ni. So perbuatan meniup makanan atau minuman ini boleh menyebabkan nafsu kita tidak berkurangan sedikit pun akibat hembusan angin yang keluar dari mulut kita dan selepas itu kita masukkan semula 'angin' itu dalam bentuk makanan yang telah disejukkan. Ngangaan aku bertambah luas. Ops... Tutup sikit, nanti lalat masuk! Cuba bayangkan orang yang berubat menggunakan cara meniup-niup air. Adakah sifat nafsu orang yang menghembus tu akan diambil oleh orang yang meminum air tersebut??? Wallahualam...

Tipu boss aku, tipulah aku. Itu dari segi rohani. Dari segi sains pula, meniup makanan atau minuman boleh menyebabkan Karbon Dioksida yang kita keluarkan ketika meniup akan bercampur dengan air (H2O) dan menyebabkan makanan atau minuman tersebut menjadi acidic seperti cuka. So sangat tak bagus ok. Disarankan kita menunggu dulu sehingga makanan dan minuman itu sejuk barulah kita boleh mencekik dengan tenang. Hm...info yang sangat bagus!!! Suka... suka... suka!!!

::  So tanamkan sifat sabar dalam diri banyak faedahnya ~,^ :: 

2 comments:

  1. uik, serius ni~ saya baru tahu!

    wedding ticker menunjukkan ur wedding almost 1 week lagi. wink wink. mesti dah dup dap dup dap~

    salam perkenalan dear!

    ReplyDelete
  2. Thanks dear. A'ah dah dup dup dup dap...Nerbes!!

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)