<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 9 November 2011

Tak ada mood nak kerja OKK!!

Mood kerja memang dah totally ZERO = 0 !!! Kepala ni asyik nak melayang-layang. Fikir preparation, teringat Rainbow yang jauh dimata, bla....bla....bla.... Tapi pasal kerja memang langsung dah tak boleh fikir. Bukan tak nak fikir, tapi tak boleh nak fikir. Otak jammed kalau fikir. *alasan sebab dah malas nak kerja...chait!*

Korang percaya tak kalau aku katakan, aku sekarang berhadapan dengan boss aku yang hemsem ni ha. Buat muka konon-konon banyak kerja. Siap kerut-kerut kening tapi hakikatnya jari-jemari yang lancar diatas keyboard ni bukan sikit pun untuk urusan kerja. Teruk kan??kan??kan?? Nak buat macamana memang serious dah tak boleh buat kerja. Nak ambil cuti panjang-panjang tak approve. So kepada boss ku silalah redha dengan aku yang dah malas nak kerja ni ha. Uh!!!Uh!!!

Membelek-belek banyak blog tentang wedding's preparation oleh blogger-blogger lain membuatkan hati tak keruan. Cewah!!! Sangat menggedik statement ini. Nak buat macamana dah patut gedik pun sebab lagi seminggu nak sampai majlis besar. Macam-macam yang ingin aku gedikkan.*eh boleh ke guna ayat macam tu.hehehe* Serious, aku just tak gemar dengan orang yang lebih kuah dari sudu. Tu saja! Cerita benda-benda yang belum tentu jadinya. Sebagai contoh, 'Aku nak kahwin lagi 3tahun dengan hantaran USD50,000 tau Uols' tapi sampai masanya apa pun tak ada. Itu lagi GEDIK kan??? Tu contoh sajalah. So far blog-blog yang aku baca sangat membantu aku buat preparation. Thanks semua!!!

Banyak yang DIY doorgift, pelamin, bunga tangan, bla...bla...bla... Banyak lagilah. Cantik-cantik pula tu. Sangat teruja OK! Tapi sayang tanganku yang kaku ini tak bisa mengopy n paste idea-idea DIY korang semua. Haish!!! Semua main beli saja. Tapi dengan harga yang amat-amat-amat berpatutan. Mana taknya, naik tercabut kepala lutut ni survey barang-barang tu semua dengan Incik Kudut. Tu lah rahsia aku bertambah KURUS! hahahahahahaha... Jap nak gelak berguling. Kurus ke??? Tak sesuai! Harap kiranya dapatlah korang sediakan baldi tadah muntah hijau lepas baca statement aku tu.

Macam-macam advices yang aku terima. Hari tu Cik zira yang manis, siap advice pasal muka. Masa tu sesi jemput-menjemput dia. So aku balik kerja terjah saja rumah dia. Bila dia pandang muka ku yang naik jerawat ni terus dia cakap jangan pergi buat facial dalam masa terdekat ni. Sebab takut bengkak. Wah!!! Nasib baik. Ada plan juga nak pergi. So kawan-kawan yang dah nak dekat tu tak mau buat rawatan muka ok. Kalau yang lama lagi tu sila-silalah jaga muka anda dengan cermat. Hehehe... So sekarang aku cuci muka menggunakan ais. Orang kata bagus. Aku pon try la. Mana tau ok. kan?kan?kan? Ops...Thanks semua!!! Korang memang baik hati.*winkwink*

Sekejap lagi aku akan ke Galeri Mentari, nak collect paper box yang dah siap. Tak sabar rasanya nak memulakan operasi masuk-memasukkan doorgift dalam paper box tu. Siapa kata doorgift itu membazir??? Tak kisah apa pun doorgift tu jika diberi dengan hati yang ikhlas insyaAllah ada keberkatannya. Doorgift tu bukan untuk mengharapkan 'salam kaut' yang banyak-banyak-banyak tau! Ianya sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang ke majlis kita. Sekarang banyak orang buat makanan or snek sebagai doorgift. Ok what??? Orang makan dan jadi darah daging. So tak membazirlah. Masing-masing punya pendapat tersendiri. So itu pendapat aku. Lalalala~~

Wah panjangnya entry kali ni. Tapi banyak berceloteh dari bagi info. Tak berkualiti sungguh entry ni. Hope semuanya akan berjalan lancar dan diberkati olehnya. Dan mudah-mudahan selepas menjadi suami isteri pun hubungan kami akan diberkati serta mendapat rahmat dari Ilahi. Doakan korang semua juga begitu. amin....

2 comments:

  1. sukenyer ita.... aminn.. mudah-mudhan dipermudahkan URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT...
    TAHNIAH sebb nak menghalalkan hubungan ini dengan iktan SAH...

    pasal door gift tu, mmg setuju.. bukan bazir.. sekadar suke bagi ole2 org bawk balik kan...

    pasal facial plak... dulu huda kawen kan 2'3 hari g facial... alhamdulillah x bengkak n lebih segar... syukur... mlm sebelum nikah esk... sapu muke ngan ais... sambil tido ngan inai di jari... ESKNYE NIKAH PAGI KOL 9... wah!! mmg RASE SYUKUR sangat... mak andam nak makup pun, letak ais time sanding je... time nikah dia xletak...

    ReplyDelete
  2. tQ huda. Doakan semuanya berjalan lancar ye...;)

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)