<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 9 November 2011

Siapa yang tak nak baju nikah lawa???

Semalam terbaca entry dari seorang kawan masa Sekolah Teknik dulu. Dia ni pon B2B gak. Tengah menghitung hari detik demi detik...lalalala... Eh ternyanyi pula! Hehehe... So budak ni adalah cerita pasal design baju nikah yang dia berkenan tapi tak mampu sebab MAHAL. Haiya... No No No... Jom aku promote tempat yang korang boleh tempah design yang korang nak dengan harga yang sangat-sangat-sangat berpatutan.

Memanglah KAHWIN CUMA SEKALI seumur hidup. Tapi tak payah membazir sangat sebab baju nikah tu korang akan gunakan sekali sahaja melainkan korang memang suka pakai baju yang merambu-ramba pergi jalan-jalan kat shopping complex or korang sewakan baju tu or korang jual. Itu hanyalah pendapat dari seorang pengantin on budget. Hehehe... Kalau korang memang mampu contohnya gaji tunang korang cecah RM8k setiap bulan. why not korang berhabis sikit untuk baju tu kan??? Tu contoh sajalah. So semua tu terpulang pada isi poket korang. Tepuk dada tanya poket. Hehehe.

Macam aku, korang boleh baca kat sini. Sangat-sangat budget baju nikahku. Tapi yang penting puas hati kan?kan?kan? Dan yang paling penting kita tahu kemampuan kita tahap mana. Tak mahulah PAPA ASAL BERGAYA. Tak mahu, tak mahu, tak mahu! Sebab lepas kahwin pun kehidupan mesti diteruskan. Jangan lupa tu semua!!!

So berbalik kepada cerita entry kawan aku tu, aku nak promote lah sikit tailor aku yang juga merupakan seorang peng'andam' yang sangat meletops!!! Serious hasil tangan dia... Phewiiiiit~~~ Nak bagi korang tengok hasil kerja dia, tapi tak adalah pula. Tapi korang boleh terus contact dia Kat sini. Dia sangat friendly. Suka! Suka! Suka!



Ni satu antara hasil tangan dia. Yang lain tak jumpa. hehehe

:: Nak tunjuk baju nikah aku, kang tak surprise pula nanti. Hehehe... ::

2 comments:

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)