<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday 8 November 2011

Lord of the RING!

Ok. Sila fokus pada ticket kat atas tu. Tinggal lagi 1 minggu 4 hari. Lama lagi kan??? PANG!!! DUSYUM!!!DUSYUM!!! Ok dah sedar. Tidaaaaaaaaaaak!!! Seminggu lebih saja tinggal. Sekejapnya rasa! Pejam celik pejam celik dah nak sampai masanya aku dan Incik Kudut akan menempuhi satu lagi fasa iaitu fasa berumahtangga. Semalam baru beli cincin untuk upacara pembatalan air sembahyang. Gila kan??? Lagi seminggu lebih baru nak beli??? No lah. Actually sebelum ni dah survey-survey. Ingat nak beli sepasang. Tapi emas lelaki tak boleh pakai kan??? Haram tau!!! Termasuklah emas putih. Jadinya kitorang mengambil masa yang lama untuk bertekak dan bertumbuk. Hehehe... Ok just kidding! PANG!!!

Untuk upacara pembatalan air sembahyang tu kitorang decide nak sarung cincin saja. Reasonnya sangat jimat. Lagipun aku bukannya pakai sangat barang-barang kemas tu semua. So tak menjadi keperluan untuk membeli rantai sebesar rantai basikal atau rantai kapal. Kan??Kan?? Kan?? Incik Kudut tanya aku "Tak apa ke yang?? Nanti apa pula orang cakap." Hahaha. Apalah Incik Kudut ku sayang ni fikir. Semuanya nak fikir pasal apa yang orang kata. Apa yang penting majlis tu berjalan lancar dan mendapat keberkatan. Apa orang nak cakap, pedulikan! Betulkan aku, kalau aku salah ye kawan-kawan. :)

:: kalau pakai ring dalam movie LOTR orang tu akan hilang, tapi mudah-mudahan kami pakai ring akan berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat. Amin. ::

2 comments:

  1. mcik,ko cri cincin ktne???? bausch k dorg kte cntik n bpatutan tp aq xma0 jln jauh..cdeyh~

    ReplyDelete
  2. bausch tu kat mane dak kicik?? aku beli kat kedai biasa je. Sebab banyak design n berpatutan. kalau ko cari kat angsana pon ade 1kedai yg harga de ok. Deret Dunkin Donut.

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)